Pages

Sunday, January 15, 2012

Militan akui rancang serangan di Bangkok

BANGKOK 14 Jan. - Lelaki Lebanon yang ditahan, semalam kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hizbullah hari ini mengakui, dia merancang untuk melancarkan serangan di Bangkok.
Ketua Polis Bangkok, Priewpan Damapong berkata, komplot itu, bagaimanapun berjaya patahkan selepas pihak berkuasa Thailand dapat menghidu rancangan tersebut.
"Dia (suspek pengganas) mengaku akan melancarkan serangan di beberapa lokasi awam di Bangkok semasa disoal siasat.
"Namun, rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana ia dapat dihidu unit keselamatan Thailand," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media itu, polis turut mendedahkan satu lakaran wajah seorang lelaki lain yang dipercayai turut terlibat dalam perancangan untuk melancarkan serangan di ibu negara Thai ini.
Seorang lagi suspek pengganas berjaya melarikan diri dari negara ini.
Thailand hari ini meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi di ibu negara ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Kedutaan Israel, Jalan Khao San dan Jalan Sukhumvit Soi 22.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel semalam mengeluarkan satu amaran tentang kemungkinan berlaku serangan keganasan di Bangkok. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment