Pages

Thursday, January 5, 2012

Majoriti pekerja Filipina tak mahu tinggalkan Syria

MANILA: Kira-kira 10,000 rakyat Filipina yang bekerja di negara bergolak Syria, enggan pulang walaupun keganasan semakin memuncak di negara itu.

Kata Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario, dia cuba untuk meyakinkan rakyat Filipina untuk pulang, ketika lawatannya ke Syria baru-baru ini.

“Saya dapati tidak ramai yang berminat untuk pulang. Saya tidak bercakap dengan mereka yang mahu pulang,” katanya kepada pemberita, semalam.

“Sebabnya kerana tidak ada peluang ekonomi di Filipina,” katanya lagi.


Kata Del Rosario, ada rakyat Filipina yang masuk ke Syria secara haram untuk mendapatkan pekerjaan tetapi tidak memberikan angka sebenar yang berbuat demikian.


Kata lagi, ramai rakyat Filipina bekerja sebagai pembantu domestik - tidak merasakan diri mereka di dalam bahaya. - Manila Times

myMetro | Majoriti pekerja Filipina tak mahu tinggalkan Syria:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment