Pages

Monday, January 23, 2012

Liga Arab mungkin kekal pemerhati di Syria

KAHERAH: Negara Arab yang berselisih pendapat mengenai cara untuk menangani krisis di Syria, berkemungkinan besar melanjutkan misi damai di negara berkenaan.
Langkah itu mungkin diambil meskipun pengkritik mendakwa ia memberi lebih banyak masa kepada Presiden Bashar al-Assad membunuh mereka yang menentang pemerintahannya.

Menteri Luar Arab berada di Kaherah semalam untuk membahaskan hasil pnyelidikan selama sebulan oleh misi pemerhati yang mandatnya tamat Khamis lalu dan perlu mengambil keputusan sama ada untuk melanjut, berundur atau mengukuhkan kehadiran mereka di negara itu. Sebahagian negara Arab inginkan tindakan diambil untuk meningkatkan tekanan terhadap Bashar supaya menamatkan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 5,000 orang terbunuh sepanjang 10 bulan revolusi rakyat Syria.

Yang lain bimbang tindakan keras yang akan melemahkan Bashar akan menyebabkan Syria, negara yang mempunyai pelbagai fahaman agama dan etnik, terjerumus ke dalam kancah lebih teruk hingga mengkucar-kacirkan seluruh rantau itu. Ada pula kerajaan negara Arab yang bimbang terhadap ancaman daripada penduduk negara mereka sendiri.

Ketua Jawatankuasa Pengawas, Jeneral Mohammed al-Dabi dari Sudan kini berada di Kaherah untuk menyampaikan laporannya kepada menteri luar berkenaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment