Pages

Thursday, January 5, 2012

Lelaki gagal curi kereta api untuk kekasih



2012/01/04

Hasrat ‘hadiah Tahun Baru’ tak kesampaian apabila tertangkap

PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.
Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.
Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis.

Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api.

Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu.

“Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa.

Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya.

Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. – Agensi
Berita Harian Online | Lelaki gagal curi kereta api untuk kekasih:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment