Pages

Thursday, January 5, 2012

Kumpulan kebebasan media gesa polis Vietnam bebaskan wartawan

HANOI: Pertubuhan pembebasan media menggesa pihak berkuasa Vietnam supaya membebaskan wartawan akhbar kerajaan yang ditahan atas dakwaan memberi rasuah kepada anggota polis setelah menulis berita mengenai isu rasuah berprofil tinggi.

Penahanan wartawan siasatan, Hoang Khuong, 39 yang menulis siri artikel mengenai polis trafik sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai, tahun lalu, mencetuskan persoalan mengenai etika media dalam negara komunis itu.

“Pihak berkuasa mesti melepaskan dia secepat mungkin,” kata Pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan itu.

Katanya lagi, artikel yang ditulis oleh Khuong itu adalah atas “kepentingan awam”.


Khuong ditahan di Bandar HoChi Minh Isnin lalu, dan mungkin akan ditahan empat bulan sementara menunggu siasatan atas dakwaan dia menggunakan seorang broker untuk membayar 15 juta dong (RM2,250) kepada seorang anggota polis untuk mendapatkan kembali sebuah motosikal yang disita. - AFP

myMetro | Kumpulan kebebasan media gesa polis Vietnam bebaskan wartawan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment