Pages

Sunday, January 15, 2012

KISAH SEDIH: HANYA KERANA 20 SEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingin saya kongsikan kisah 20 sen yang amat memberi kesan pada hidup saya hingga kini. Kisah ini bukan untuk membuka pekung di dada tapi sekadar mengimbas kembali kenangan lalu dan menjadi pegangan buat saya seumur hidup.

Kisah ini berlaku sewaktu saya berumur 10-11 tahun. Saya agak lupa umur saya waktu itu. Kehidupan waktu tu bukan mewah, cukup untuk kami makan dan pakai saja. Sesekali saja dapat makan sedap dan merasa makan di luar. Biasanya ayah bekalkan saya dalam 40 sen atau 60 sen sehari untuk belanja sekolah. Jika saya berbelanja lebih waktu sekolah sebelah pagi maka sebelah petang waktu sekolah agama saya takda bekalan wang saku lah jawabnya.

Biasanya mee 20 sen dan saya beli air 10 sen. Ada lebih 10 kalau jimat. Kadang-kadang dapat 60 sen maka boleh berbelanja di sekolah agama petangnya. Tak pernah pula merengek minta lagi pada bonda duit tambahan walau poket kosong waktu tu. Mungkin faham dengan kehidupan kami.

Suatu hari tekak sangat kering, dah beli makanan ringa 20 sen wang saku saya habis. Saya bertanya pada seorang kawan untuk meminjam duitnya 20 untuk saya beli air. Saya katakan esok saya bayar..dia cuma senyum dan menganguk. Malangnya esoknya saya demam dan tak bersekolah. Bila saya datang esoknya ke sekolah rakan lain sibuk berbisik-bisik. Saya kehairanan, rupanya mereka bercakap belakang kononnya saya tak mau bayar 20 sen hutang saya tu sebab tu semalam saya tak datang ke sekolah.

Sedih dan pilu terasa di hati. Saya pulangkan wang yang saya pinjam dan jelaskan semalam saya demam. Walau waktu tu saya baru berumur 10 tahun tapi saya serik meminjam. Biar teguk air paip di tandas saya rela dari meminjam. Serik dan sungguh serik. Sampai tua saya ingat peristiwa tu. Kerana 20 nama saya di jaja, kerana 20 saya dihina. Kecil-kecil mereka dah pandai buat cerita kan? bagusnya peristiwa tu berlaku pada saya. Sekurang-kurangnya saya jaga diri saya agar tak berhutang walau dalam jumlah yang kecil.

Alhamdulillah saya tak miskin dan melarat pun sekarang walau dihina begitu, dan mereka juga tak kaya raya dan mewah pun walau buat saya malu dulu. Kisah budak kecik 10 tahun, apalah sangat kan? tapi ia memberi kesan sangat mendalam pada diri saya hingga kini.

Dulu masa baru kawen saya selalu pesan pada hubby, kalau tersepit ke...jangan pinjam dengan kawan, susah senang kita bersama. Selagi saya mampu bantu saya bantu. Saya tak rela hubby minta bantuan rakan, ibu bapa dan juga adik beradik. Susah senang kita bersama. Saya tak suka orang mengungkit apabila mereka merasa dengki. susah senang biarlah sendiri, mulut manusia memang begitu. Jika kita susah ada ke orang yang suka? tak kan?

Hanya kerana 20 sen...

http://www.blogammar.com/2012/01/kisah-sedih-hanya-kerana-20-sen.html

No comments:

Post a Comment