Pages

Wednesday, January 4, 2012

Kerjasama dengan Washington dikajisemula

ISLAMABAD: Pakistan mengkaji semula kerjasama masa depan dengan Amerika Syarikat ketika hubungan antara kedua-dua negara semakin merosot akibat serangan udara Nato.

“Mulai sekarang, semua persefahaman mesti dalam hitam putih. Kami akan memastikan semua perkara didokumenkan dengan baik,” kata seorang pegawai kanan keselamatan Pakistan.


Hubungan Amerika Syarikat-Pakistan terjejas teruk sejak serangan sulit yang membunuh Osama bin Laden Mei lalu serta serangan udara 26 November lalu berhampiran sempadan Afghanistan menyebabkan 26 tentera Pakistan terbunuh.

Pakistan sebelum ini menolak hasil siasatan bersama Amerika Syarikat-Nato yang merumuskan kesilapan kedua-dua belah pihak menyebabkan kematian anggota tentera itu.


“Jawatankuasa Parlimen mengkaji semula hubungan dengan Amerika Syarikat dan jenis hubungan yang sepatutnya kami jalinkan dengan Washington pada masa depan.


“Satu perkara yang boleh saya nyatakan mengenai hubungan pada masa depan itu ialah ia akan bersifat telus dan akan ada terma baru mengenai pembabitan bersama Amerika Syarikat dalam memerangi keganasan,” kata pegawai itu.

Menurut laporan New York Times, pegawai Amerika Syarikat percaya pakatan memerangi keganasan dengan Pakistan akan terjejas, sekali gus merumitkan keupayaan untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan pejuang Islam di Pakistan dan operasi menghantar bekalan ke Afghanistan. - AFPmyMetro | Kerjasama dengan Washington dikajisemula:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment