Pages

Friday, January 20, 2012

Kayuh 24km angkara tiada bas

OSMAN mengayuh basikal 24 kilometer dari Kampung Tebing Tinggi, dekat Sabak untuk ke tempat kerjanya di bandar Kota Bharu.
OSMAN mengayuh basikal 24 kilometer dari
Kampung Tebing Tinggi, dekat Sabak
untuk ke tempat kerjanya di bandar Kota Bharu.

Warga tua perah kudrat ke tempat kerja selepas Cityliner henti operasi 

KOTA BHARU: Seorang warga emas terpaksa mengayuh basikal sejauh 24 kilometer dari Kampung Tebing Tinggi, Pantai Sabak, untuk ke tempat kerjanya di bandar ini selepas perkhidmatan bas Cityliner yang dikendalikan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) menghentikan operasi 15 Januari lalu.
Osman Tan Abdullah, 63, yang mempunyai seorang anak orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengayuh basikal kerana lebih menjimatkan daripada menaiki teksi.
Beliau yang mengambil upah menyapu bangunan PERKIM di sini, nekad mengayuh basikal walaupun kudratnya tidak segagah dulu. 

“Sebaik mendapati bas SKMK menghentikan operasinya dari Sabak ke Kota Bharu, saya meluahkan masalah kepada seorang pakar perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang selalu bersembahyang di Masjid Tebing Tinggi. 

“Keesokannya, doktor itu membelikan saya basikal untuk kemudahan berulang-alik dari rumah ke bandar bagi mengambil upah RM10 sehari membersih pejabat PERKIM,” katanya, semalam. 

Dalam surat pekelilingnya, syarikat memaklumkan keputusan menghentikan perkhidmatan bas henti-henti selepas beberapa perbincangan dengan kerajaan negeri gagal mencapai penyelesaian untuk bantu syarikat itu. 
Difahamkan enam daripada 30 laluan yang masih beroperasi ialah Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang, Kota Bharu-Cabang Empat-Pengkalan Kubor, Kota Bharu-Pasir Mas-Tanah Merah, Kota Bharu-Pasir Puteh-Jerteh, Kota Bharu-Machang-Kuala Krai dan Kota Bharu-Pengkalan Chepa. 

Osman yang memeluk agama Islam pada usia awal 40-an di Pejabat Agama Islam Temerloh, Pahang berhijrah ke Kelantan dan melangsungkan perkahwinan dengan penduduk tempatan, Halimah Salleh, 50-an mempunyai seorang anak perempuan, Noraini Osman Tan, 23. 

“Saya hanya mampu mengayuh basikal empat hari. Hari ini saya mengayuh dari rumah ke Jalan Pengkalan Chepa sebelum menaiki bas untuk ke stesen dan berjalan kaki ke tempat kerja di belakang bangunan mahkamah,” katanya. 

No comments:

Post a Comment