Pages

Tuesday, January 31, 2012

Empat aktivis Papua dituduh khianati Indonesia

JAYAPURA 30 Jan. - Mahkamah Daerah Jayapura hari ini mendakwa lima aktivis Papua atas tuduhan mengkhianati negara kerana mengibarkan bendera Papua yang menyalahi undang-undang dan mengisytiharkan wilayah itu sebagai merdeka.
Semua defendan yang mengetuai satu sambutan pro kemerdekaan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk asli Papua pada 19 Oktober 2011, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.
"Defendan bersama-sama cuba membuat tindakan mengkhianati negara dengan niat membenarkan negara ini atau sebahagian daripadanya untuk jatuh ke tangan musuh.
"Mereka cuba mengisytiharkan Papua sebagai sebuah wilayah bebas, satu perlakuan yang termaktub di bawah akta mengkhianati negara," kata Hakim Jack L. Oktovianus di Mahkamah Daerah Jayapura.
Rakaman televisyen tempatan menunjukkan lima lelaki itu mengisytiharkan kemerdekaan Papua di sini sebelum polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan memukul mereka menggunakan belantan dan tangan.
Sekurang-kurangnya tiga maut sementara lebih 90 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. Lapan pegawai polis turut diberi amaran bertulis kerana pelanggaran disiplin.
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) semalam menggesa perbicaraan tersebut dibatalkan.
"Saya terkejut kerana negara demokratik moden seperti Indonesia masih mengambil tindakan ke atas penduduk yang menganjurkan protes serta menyuarakan pandangan kontroversi mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Elaine Pearson dalam satu kenyataan.
Indonesia pada 1969 mengambil alih Papua, bekas tanah jajahan Belanda di bahagian barat pulau New Guinea, selepas satu undian di kalangan sekumpulan rakyat Papua terpilih yang disifatkan sebagai penipuan.
Rakyat Papua yang kebanyakannya orang asli Melanesia, sekian lama menuduh tentera Indonesia mencabul hak kemanusiaan di wilayah ini dan mengadu sumber kekayaan sumber asli Papua sering disalurkan kepada Jakarta. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment