Pages

Tuesday, January 31, 2012

Cekik kakak hingga mati

AMMAN: Seorang lelaki Jordan semalam didakwa kerana melakukan pembunuhan terancang selepas mencekik kakaknya berusia 35 tahun yang sudah bercerai hingga mati atas alasan tingkah laku wanita itu mencurigakan, kata polis.

“Suspek yang berusia akhir 20-an mencekik ibu kepada empat anak itu hingga mati di Ain al-Pasha di utara bandar raya ini, Rabu lalu selepas wanita itu pulang dari Lubnan,” kata jurucakap polis.


“Dia menyembunyikan mayat kakaknya dalam beg pakaian sebelum mencampakkannya di kawasan ladang terbiar. Dia mendakwa wanita itu berkelakuan mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, mayat wanita malang itu ditemui Jumaat lalu di Safawi di timur Jordan.


“Suspek mengakui melakukan jenayah itu selepas berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa,” katanya. Perbuatan membunuh dihukum dengan kematian di Jordan, tetapi dalam kes pembunuhan demi maruah, mahkamah boleh mengurangkan hukuman terutama jika keluarga mangsa meminta supaya hukuman lebih ringan dijalankan. Antara 15 dan 20 wanita mati akibat pembunuhan demi maruah setiap tahun di negara Arab itu walaupun kerajaan berusaha untuk mengurangkan kes pembunuhan sedemikian. - AFP>myMetro | Cekik kakak hingga mati:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment