Pages

Thursday, January 12, 2012

Cakar isteri enggan layan nafsu

AMPANG: Hanya kerana enggan melayan permintaan seks, seorang wanita nyaris disimbah air panas selain dicakar dan dipukul oleh suaminya selepas berang permintaannya itu tidak dilayani.

Difahamkan, dalam kejadian tengah malam kelmarin di Bandar Baru Ampang, di sini, mangsa yang cedera dipukul dan dicakar suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang dicederakan lagi.


Sumber berkata, mangsa berusia awal 30-an dikatakan merajuk dengan suaminya selepas dipukul lelaki terbabit sehari sebelum kejadian menyebabkan mangsa tidak mahu menuruti permintaan suaminya.

“Tindakan merajuknya itu membawa padah apabila suaminya mula naik angin lalu memukul mangsa dan mencakar tangannya hingga cedera,” katanya.


“Mangsa yang kesakitan cuba melepaskan diri daripada, namun tidak berhasil apabila dia terus dipukul,” katanya.


Menurutnya, suami itu kemudian mengambil bekas air panas di dapur sebelum mengugut mahu menyimbah air panas berkenaan jika mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran berhubung ugutan suaminya itu kerana bimbang dicederakan lagi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan.

myMetro | Cakar isteri enggan layan nafsu:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment