Pages

Friday, January 6, 2012

Bedah buang tumor 90 kg di kaki


HANOI 5 Jan. - Seorang lelaki dilaporkan akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pertumbuhan tumor seberat 90 kilogram pada kaki kanannya di sebuah hospital di Vietnam, hari ini.

Hospital France-Vietnam (FV) di Ho Chi Minh dalam satu kenyataan memaklumkan Nguyen Duy Hai akan dibedah oleh sekumpulan doktor dalam satu prosedur berisiko, selama 10 jam yang hanya mempunyai peluang 50 peratus berjaya.

Duy Hai, 31, yang mengalami gangguan genetik, telah hidup dengan ketumbuhan tumor itu sejak dia berumur empat tahun, jelas kenyataan itu.

Katanya, sebahagian kaki Duy Hai dipotong ketika dia berusia 17 tahun namun tumor itu yang tidak dijangkiti kanser, terus tumbuh dan menyukarkan Duy Hai untuk berjalan dan tidur.

Menurut media tempatan yang mengikuti keadaan Duy Hai selama bertahun-tahun, ketumbuhan itu adalah yang terbesar pernah dilaporkan di Vietnam.

"Ini adalah satu prosedur yang besar melibatkan banyak risiko termasuk kematian semasa pembedahan atau semasa rawatan selepas pembedahan," jelas hospital itu.

Pembedahan itu diketuai oleh seorang doktor dari Amerika, McKay McKinnon yang berjaya mengeluarkan tumor seberat 80 kilogram dari seorang wanita Romania pada tahun 2004.

Tambahnya, McKinnon mengetepikan yuran pembedahan serta kos lain yang dianggarkan sebanyak AS$12,000 (RM37,656) dan kos rawatan Duy Hai akan dibiayai melalui derma. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment