Pages

Thursday, January 12, 2012

Assad ikrar guna 'tangan besi'

PENYOKONG kerajaan Syria memegang potret Assad ketika mengadakan demonstrasi di Damsyik, semalam.
PENYOKONG kerajaan Syria memegang potret Assad ketika mengadakan demonstrasi di Damsyik, semalam.
Presiden Syria mahu hapus kumpulan penentang kerajaan di negara itu

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar Assad, berikrar menggunakan 'tangan besi' (kekerasan) untuk menghapuskan apa yang disifatkan sebagai pengganas dan pengkhianat di belakang kebangkitan selama 10 bulan di negara itu yang mengakibatkan ribuan rakyat sudah kehilangan nyawa.
Dalam ucapan pertamanya sejak Jun, Assad menunjukkan keyakinan tinggi untuk berdepan dengan kebangkitan di negara itu tetapi pembangkang menyifatkan ucapan semalam sebagai kata-kata pemimpin yang sudah kehilangan taring.
Assad yang berulang kali mengulangi dakwaan mengenai konspirasi Barat dan pengganas yang mencetus kebangkitan, bukannya penunjuk perasaan secara aman yang mahu mengubah negara.

“Kita tidak akan berlembut dengan mereka yang bekerja dengan orang asing menentang negara. Siapa yang berada di tengah adalah pengkhianat. Tiada pilihan,” kata Assad dalam ucapan dua jam di dewan persidangan Universiti Damsyik yang penuh dengan penyokongnya.

Konflik di Syria memasuki fasa kemuncak apabila ada tentera berpaling tadah dan sesetengah anggota pembangkang mengacukan senjata terhadap kerajaan.

Rejim itu, sebaliknya mempergiatkan serangan berdarah ketenteraannya dan pegawai Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) berkata kelmarin kira-kira 400 orang terbunuh sejak tiga minggu kebelakangan ini, selain tambahan anggaran PBB sebelum ini 5,000 mati sejak Mac tahun lalu.
Sejak 23 Disember, letupan misteri melanda ibu negara, membunuh ramai rakyat tetapi tidak jelas pihak mana di belakang pengeboman itu yang regim itu berkata ia adalah pengeboman bunuh diri.

Rejim menyalahkan pengganas kerana letupan itu dan berkata mereka membuktikan Syria sedang bertempur dengan kumpulan bersenjata, tetapi pihak pembangkang menuduh pasukan setia regim melancarkan serangan untuk menghapuskan kebangkitan. – AP
Berita Harian Online | Assad ikrar guna 'tangan besi':

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment