Pages

Monday, January 9, 2012

Amerika mula dekati Ikhwanul Muslimin

WASHINGTON: Amerika Syarikat mula mengambil langkah untuk menjalinkan hubungan dengan Ikhwanul Muslimin, tindakan yang dianggap sebagai akur kepada perkembangan baru politik Mesir.

Bagaimanapun, kebimbangan tetap wujud di kalangan pemimpin negara itu berhubung sikap kumpulan berkenaan terhadap masyarakat minoriti, wanita dan perjanjian damai dengan Israel.


Sayap politik Ikhwan, Parti Kebebasan dan Keadilan mendahului dari peringkat awal hingga akhir pilihan raya Parlimen, yang pertama diadakan selepas penggulingan Presiden Hosni Mubarak Februari lalu.

Parti liberal dan sekular mencatatkan pencapaian buruk.


“Adalah jelas bahawa mereka (Ikhwan) kini satu-satunya parti yang berpengaruh di Mesir dan Amerika Syarikat perlu berunding dengan mereka,” kata Marina Ottaway, Ketua Program Asia Barat di Washington bagi Yayasan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa.


Malah, sebelum pilihan raya lagi Amerika Syarikat menyedari ia perlu berurusan dengan Ikhwan, pergerakan politik paling tersusun di Mesir. - Reuters

myMetro | Amerika mula dekati Ikhwanul Muslimin:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment