'via Blog this'
Pages
Tuesday, November 1, 2011
Rebutlah keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah
'via Blog this'
Gempa landa Semenanjung Minahassa, Indonesia
Kenyataan jabatan itu di sini menyebut pusat gempa itu berada di 229 kilometer barat daya Manado, Indonesia, dan 774 tenggara Tawau, Sabah. - Bernama
Utusan Malaysia Online - Terkini:'via Blog this'
bakal popular Bakun
ENJIN turbin pertama sedang berputar ligat. Tenaga elektrik turut terhasil. Paras air di Empangan Elektrik Hidro Bakun yang terletak di tengah-tengah hutan di Sarawak turut naik.
Empangan gergasi itu dianggarkan bernilai RM7 bilion.
Turbin pertama yang dibina oleh syarikat gergasi tenaga, Alstom, dari Perancis itu mula menghasilkan tenaga elektrik sejak beroperasi pada Ogos lalu.
Takungan airnya mula merebak menjadi sebesar saiz negara Singapura.
Sungai Balui
Selepas dikritik dan diberi amaran pada beberapa tahun lalu mengenai impak projek itu ke atas hutan dara dan pemindahan etnik tempatan di negeri itu, Pengarah Urusan Sarawak Hidro, Zulkifle Osman mula melihat cahaya yang menyinar di hujung terowong.
Zulkifle yang memantau pembinaan projek itu sejak tahun 2000 mempertahankan rasional pembangunan itu biarpun berlaku lebihan tenaga elektrik.
"Ia adalah seperti permainan ayam dan telur. Saya yakin bahawa permintaan untuk tenaga elektrik di Sarawak sangat banyak," ujar Zulkifle.
Namun, mereka yang menentang projek Bakun itu menganggapnya sebagai satu perancangan yang salah.
Fasiliti itu terletak di Sungai Balui. Lembangan itu turut menjadi kediaman kepada Orang Utan, harimau bintang serta pelbagai spesies flora dan fauna yang lain.
Projek itu dimuktamadkan pada tahun 1986 ketika pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah sebagai usaha untuk menyalurkan tenaga elektrik murah ke Semenanjung.
Buat masa ini, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan empangan yang dikatakan antara tertinggi di dunia iaitu pada paras 205 meter itu sudah ada yang menerima tempiasnya.
Menurut mereka, kualiti air sungai telah merosot. Ikan juga semakin berkurangan selain sungai berbau busuk manakala airnya dikhuatiri tidak selamat diminum.
Empangan itu nampaknya memberi kesan buruk buat kaum pribumi apabila banyak kelodak yang muncul.
Sambil menaiki bot di Kampung Uma Nyaving yang terletak kira-kira 10 kilometer ke hilir Bakun, Richard Let merungut kerana jumlah ikan sungai semakin berkurangan.
"Rezeki untuk kami sekeluarga sudah merosot. Saiz ikan juga tidak besar. Sungai semakin cetek dan begitu sukar untuk saya menangkapnya," kata Let, 31, dari suku Kayan.
Pelancongan
Dari empangan hingga ke muara sungai, terdapat kira-kira 12,000 penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai etnik termasuklah Kayan, Kenyah, Ukit dan Penan yang tinggal di rumah panjang. Kesemua mereka masih mengamalkan gaya hidup tradisional di Sungai Asap.
Sungai Asap merupakan penempatan baharu buat penduduk tempatan untuk tinggal selepas projek itu dimulakan.
Biarpun di dalam hutan, mereka menikmati kemudahan air paip, elektrik, sekolah, sambungan Internet dan kemudahan kesihatan di situ.
Di sebalik semua itu, Zulkifle masih optimis.
"Saya yakin bahawa tenaga dari Bakun akan berguna. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang berusaha keras untuk menarik pelabur," ujar beliau.
Zulkifle turut menolak kebimbangan mengenai keselamatan di empangan batu yang terbesar di dunia itu.
Jelasnya, air yang dilepaskan itu adalah yang dirawat untuk memastikan ia bersih.
Dalam pada itu, selain membekalkan tenaga elektrik, empangan itu dirancang untuk dijadikan produk pelancongan baharu negara ini khusus bagi mereka yang meminati alam semula jadi.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi mempromosi empangan itu sama seperti yang dilakukan terhadap Tasik Kenyir yang kini menjadi antara tarikan utama negara dalam bidang ekopelancongan.
"Tidak mustahil empangan ini akan menjadi popular sama seperti Tasik Kenyir," katanya.
'via Blog this'
Koirala penyelamat gadis hamba seks
DENGAN penampilan sederhana, seorang wanita berusia 62 tahun ini mungkin kelihatan seperti seorang pesara tetapi, bagi ribuan gadis Nepal yang telah diselamatkannya daripada kancah penghambaan seks, dia digelar sebagai penyelamat.
Anuradha Koirala meninggalkan kerjaya sebagai guru 18 tahun lalu dan mengabdikan hidupnya untuk melancarkan perang ke atas pengedar-pengedar dadah yang menyeludup wanita dan kanak-kanak ke rumah-rumah pelacuran di India. Mangsa akan diserang, dirogol dan dibiarkan kelaparan.
Bermula dengan membina sebuah rumah yang selamat di Kathmandu dan melakukan penyamaran yang menyebabkan serbuan di rumah pelacuran di Mumbai, Koirala memberitahu, dia telah menolong lebih 10,000 mangsa kekejaman dunia gelap yang menyaksikan mereka didagangkan setiap hari merentasi sempadan.
"Saya berharap masanya akan tiba di mana saya tidak perlu lagi menjaga mangsa-mangsa tersebut. Saya mahu semua ini berakhir," katanya.
Dianggarkan kira-kira 12,000 gadis Nepal didagangkan setiap tahun, terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai pekerjaan, miskin, mangsa diskriminasi jantina dan mangsa pemberontakan 10 tahun Parti Komunis Nepal (Maoist) yang merosakkan ekonomi dan kehidupan.
Beberapa anggaran turut menambah jumlah mereka yang terperangkap dalam industri pelacuran India kepada 200,000 mangsa, manakala organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan Mumbai melaporkan bahawa 40 peratus daripada mangsa yang diselamatkan adalah gadis-gadis Nepal.
Koirala membuat keputusan bahawa kesengsaraan itu mesti dihentikan. Justeru, pada tahun 1993 dia menubuhkan sebuah rumah perlindungan yang dinamakan sebagai Maiti Nepal diambil daripada perkataan Nepal.
Pada bulan Ogos 1999 dia mengambil risiko untuk mengembara ke jalan-jalan paling terkenal di Mumbai. Di situ gadis-gadis bawah umur dipaksa pemilik rumah pelacuran untuk menjual tubuh mereka kepada pelanggan tempatan, ahli perniagaan dan pelancong seks.
Adegan ganas
Di Kamathipura, sebuah daerah di bandar berkenaan, dia menyamar menjadi seorang peminat dalam kalangan ahli rombongan mendiang Sunil Dutt yang terkenal dengan kerja-kerja sosialnya melawat rumah-rumah pelacuran dan berbual dengan pekerja-pekerja seks.
Tetapi penyamarannya gagal dan lawatan tersebut bertukar menjadi adegan ganas.
"Proses menyelamat itu agak aneh. Majoriti pemilik rumah pelacuran itu rupa-rupanya adalah wanita Nepal yang dahulu pernah menjadi mangsa," katanya.
"Mereka menjadi ganas dan mula membaling kasut dan peralatan dapur dibantu pembantu-pembantu mereka kepada kami. Mereka juga cuba menyorokkan gadis-gadis berkenaan.
"Kebanyakan mereka adalah gadis-gadis bawah umur, malah ada di antaranya berusia lingkungan 12 tahun dan disimpan di dalam bilik yang sempit sehingga sukar untuk bernafas," tambahnya.
Koirala, ibu kepada seorang anak itu membina Maiti Nepal di Kathmandu selepas berjumpa dengan sejumlah mangsa yang tidak berumah akibat keganasan rumah tangga.
Dia melancarkan rangkaian yang mengupah wanita-wanita berkenaan untuk menjual rokok, coklat dan snek menggunakan dulang buluh yang ditenun dan menyewa sebuah rumah untuk melindungi sebanyak 80 orang anak-anak mangsa.
Kerja-kerja Koirala kini berkembang ke pinggir-pinggir bandar sekitar Kathmandu, di mana perdagangan seks berusia seabad itu berkembang.
Lelaki muda dan pertengahan umur memerangkap gadis-gadis miskin dan tidak bekerja untuk mengahwini mereka dengan janji mencarikan pekerjaan di bandar, tetapi akhirnya menjual pengantin muda berkenaan di rumah pelacuran di India.
"Mereka selalunya menemui diri mereka di sebuah tempat yang asing di mana bahasa yang tidak difahami menjadi perbualan dan bermulalah penderitaan mereka," kata Koirala.
Seorang mangsa berusia 16 tahun yang identitinya dilindungi serta berpindah bersama keluarganya ke utara India pernah didagangkan sebagai hamba seks oleh seorang lelaki berusia 22 tahun yang berjanji mencarikannya pekerjaan di Mumbai.
"Sekiranya saya tidak melakukan seks dengan pelanggan, mereka tidak memberi saya makan dan menyeksa saya selama berjam-jam," katanya.
Perhatian dunia
Selama 10 bulan hidupnya seperti di neraka sehinggalah dia diselamatkan dari rumah pelacuran selepas serbuan oleh Maiti Nepal dan polis tempatan dua tahun lalu. Gadis itu yang kini menyambung pelajaran di sekolah yang dibangunkan Maiti Nepal menganggap Koirala sebagai penyelamatnya.
"Saya tidak pernah membayangkan dapat keluar dari neraka itu. Saya menjalani hidup baharu yang tidak mungkin saya miliki tanpanya. Saya bersyukur kerana dapat merasai kasih sayangnya. Kini, dia seperti ibu kepada saya," katanya.
Maiti Nepal, yang kini mempunyai semakin ramai penaung termasuk aktres Joanna Lumley dan Demi Moore menjadi perhatian media dunia selepas Putera Charles melakukan lawatan pada tahun 1998 dan menyumbangkan lebih daripada AS$100,000 (RM312,600) daripada hasil jualan lukisannya.
Ia kini berkembang menjadi sebuah kompleks yang menempatkan pejabat, rumah perlindungan dan sekolah. Koirala yang merupakan penerima anugerah Hero CNN tahun lalu percaya bahawa perjuangan menentang penghambaan seks adalah lebih penting kini.
"Kini, gadis-gadis didagangkan ke Asia Barat. Pemerdagangan dalam negara juga semakin meningkat membabitkan gadis-gadis kampung yang terjebak dalam industri seks Kathmandu," katanya.
Koirala memberitahu, penutupan pusat perlindungan berkenaan adalah sasarannya.
"Saya melakukan ini bukan kerana sudah penat dengan kerja-kerja kebajikan, sebaliknya kerana saya tidak mahu masalah ini berterusan selamanya," katanya.
'via Blog this'
10 letupan bom gegar selatan Thai
Lima daerah berkenaan ialah Sungai Golok; Sungai Padi; Yi-ngo; Takbai dan Rueso. Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku antara jam 5.50 petang dan 6.20 petang waktu tempatan itu, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.Seorang rakyat Malaysia, Wong Tian, 63, yang dilaporkan menginap di Hotel Inter Tower berhampiran dengan kejadian letupan bom di Sungai Golok dipercayai meninggal dunia secara mengejut awal pagi kelmarin yang dipercayai tiada kaitan dengan pengeboman itu.
Sementara itu, Timbalan Pegawai Daerah Sungai Golok, Santi Chuduant, berkata, kejadian serangan bom di Sungai Golok itu berlaku di sebuah kedai menjual alat mainan di Jalan Wangwiwat, jam 6.30 petang kelmarin.
“Dua orang dipercayai menaiki motosikal memasuki kedai berkenaan dan meletakkan tin air buahan yang dipercayai bom buatan sendiri di dalam kedai berkenaan.
“Sepuluh minit kemudian, bom itu meletup tanpa mencederakan sesiapa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang saksi, Nuratikah Jamaluddin, 22, pembantu kedai kasut berhampiran kedai mainan yang kena letupan bom itu berkata, dia sedang melayan pelanggan sebelum terdengar bunyi letupan kuat.
"Saya lihat orang ramai bertempiaran lari dan kedai mainan itu musnah,” katanya. Pada 17 September lalu, enam rakyat Malaysia termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut di Sungai Golok dalam letupan bom disifatkan terbesar pada tahun ini.
Dua beradik Suhaidi dan Roslan, yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia diburu pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terbabit dalam pengeboman di situ.
Mereka disyaki anggota kumpulan pengedar dadah terbesar di selatan Thailand, juga dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman pada Ogos dan September 2009 di kawasan sama.
Difahamkan, dalam beberapa serangan bom terbaru, dua bom meletup di Takbai iaitu di sebuah kedai runcit dan berdekatan pagar sekolah di pusat bandar manakala di Rueso, empat letupan berlaku di kedai serbaneka 7-Eleven, kawasan jualan penjaja dan kedai runcit.
Di Yi-ngo, bom tangan dilemparkan ke arah rumah di diami seorang guru sekolah Ban Ku Wae, Kanuengnit Chusing manakala di Sungai Padi, letupan berlaku berhampiran stesen kereta api. Berita Harian Online | 10 letupan bom gegar selatan Thai:
'via Blog this'
Libya lantik ketua kerajaan, NATO henti kempen udara
Abdel Rahim al-Keib, anak jati Tripoli, dilantik sebagai Perdana Menteri dalam undian awam oleh anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).Keib adalah ahli akademik dalam pengkhususan kejuruteraan elektrikal. Beliau mengenepikan empat calon lain untuk menang 26 daripada 51 undi.
“Ini membuktikan rakyat Libya mampu membina masa depan mereka," kata Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil, selepas pengundian itu.
Keib yang juga ahli perniagaan berjaya, tinggal di luar negara sebagai penentang Gaddafi selama beberapa berdekad sebelum menyertai revolusi bagi menggulingkan bekas pemimpin itu.
Beliau juga banyak membiayai NTC. - AFPBerita Harian Online | Libya lantik ketua kerajaan, NATO henti kempen udara:
'via Blog this'
Dua gempa sederhana gegar China
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi 6.0 magnitud melanda melanda Wilayah Xinjiang, kira-kira 100 kilometer dari bandar Yining jam 8.20 pagi tadi manakala satu lagi gempa melanda kawasan bersempadan dengan Wilayah Sichuan dan Gansu pada 6 pagi dengan kekuatan 5.5 magitud.Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan akibat gempa berkenaan.
Gempa bumi di Xinjiang berlaku di kedalaman 27 kilometer (km) manakala di kawasan kedua di kedalaman 16km.
Gempa terburuk berlaku di China dengan magnitud 7.9 skala Richter di Wilayah Sichuan pada Mei 2008 lalu dengan mengorbankan hampir 90,000 orang. - AP Berita Harian Online | Dua gempa sederhana gegar China:
'via Blog this'
'Bencana berlaku jika ada campur tangan'
Tarikh : November 1, 2011
Kuasa Barat akan mencetuskan ‘gempa bumi’ di seluruh Timur Tengah jika mereka campur tangan di Syria, menurut Presiden Syria, Bashar Al-Assad, kelmarin.
“Syria adalah hab bagi rantau ini. Ia berada di atas garisan gelinciran dan jika anda bermain dengan tanah ini, anda akan menyebabkan gempa bumi,” katanya dalam satu wawancara televisyen.
Amaran itu dibuat sebelum kerajaan Assad mengadakan perbincangan dengan Liga Arab, semalam bagi memulakan dialog antara kerajaan dan pembangkang serta menghentikan keganasan semakin meruncing di Syria sejak beberapa minggu lalu.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 3,000 penunjuk perasaan dibunuh tentera kerajaan sejak protes besar-besaran bermula di negara itu, Mac lalu.
Syria menghalang kemasukan media antarabangsa ke dalam negara itu sejak protes bermula, menyebabkan kesulitan untuk mengesahkan kenyataan serta dakwaan dibuat aktivis dan pihak berkuasa.
'via Blog this'
Liga Arab kemuka pelan tamatkan krisis Syria
DOHA 31 Okt. – Liga Arab semalam mengemukakan pelan yang meliputi ‘langkah-langkah konkrit’ bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria dan menjangka Presiden Bashar al-Assad memberikan jawapan hari ini.
Assad sementara itu memberitahu televisyen Rusia semalam, beliau bersedia bekerjasama dengan pembangkang.
Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad bin Jassem al-Thani memberitahu wartawan selepas mesyuarat di sini semalam, sebuah jawatankuasa menteri-menteri Liga Arab ‘mempersetujui cadangan serius untuk menghentikan pembunuhan dan segala bentuk keganasan di Syria’.
Jawatankuasa tersebut mengemukakan pelan itu kepada Menteri Luar Syria, Walid Muallem dan penasihat politik, Assad, Bouthaina Shaaban.
“Delegasi Syria berkata, mereka akan memberikan jawapan esok,” katanya.
Mengenai amaran Assad bahawa sebarang campur tangan Barat di Syria akan mencetuskan ‘gempa bumi’ di seluruh rantau ini, Sheikh Hamad berkata, risiko itu timbul jika Damsyik gagal mengambil ‘langkah konkrit’ untuk menghentikan keganasan.
“Seluruh rantau ini menghadapi risiko dilanda ribut kencang,” katanya selepas rundingan lebih tiga jam antara sekumpulan Menteri-Menteri Luar Arab dengan Muallem.
Syria perlu mengambil langkah-langkah konkrit bagi mengelakkan nasib yang menimpa negara-negara lain, kata Sheikh Hamad, yang dipercayai merujuk kepada konflik di Libya dan campur tangan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat di Doha tidak memberikan butir lanjut mengenai pelan Liga Arab itu tetapi berkata, ‘para pemimpin perlu mengetahui cara untuk bertindak, bukan dengan berlengah-lengah dan melakukan tipu daya’. – AFP
'via Blog this'
Kaitan angka 83 di kota Teotihuacan
MEXICO CITY 31 Okt. – Sekumpulan ahli arkeologi mendapati seni bina di kota purba Teotihuacan saling berkaitan dengan angka ‘83’.
Ahli arkeologi dari Jepun, Saburo Sugiyama berkata, angka tersebut ‘muncul’ di serata tempat di Teotihuacan.
Ketika membentangkan hasil kajiannya dalam satu mesyuarat khas kepada pakar sejarah Teotihuacan, Sugiyama berkata, terdapat ‘penemuan tetap’ berhubung ukuran 83 sentimeter dalam keluasan lebih dari 18 kilometer persegi di kawasan tersebut.
Agensi berita FOX News Latino melaporkan, bandar purba itu pernah didiami kira-kira 100,000 penghuni dalam tempoh 14 abad lalu.
Apa yang paling mengejutkan, keluasan permukaan kota tersebut turut dikira seluas 83 kilometer persegi.
Dalam pada itu, Teotihuacan pernah menjadi kota terbesar keenam di dunia dan terletak kira-kira 48 kilometer timur laut Mexico City.
Kota purba itu dikenali kerana memiliki beberapa piramid besar dan susunan kompleks bangunan yang berselerak namun pada abad ketujuh, ia dikosongkan dan sehingga kini, pakar sejarah tidak dapat mengungkai jawapannya.
Kota purba Teotihuacan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). – AGENSI
'via Blog this'
Drone pengintip AS terhebat bakal dilancar
CALIFORNIA 31 Okt. – Penerbangan sulung sebuah pesawat tanpa juruterbang atau drone revolusi yang mampu berada di ruang udara pada ketinggian 19.8 kilometer atau 65,000 kaki selama empat hari bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Phantom Eye yang berkuasa hidrogen dan direka untuk melakukan misi pengawasan serta peninjau pada altitud tinggi dibina oleh Boeing Phantom Works.
Pelancarannya akan diadakan di Pangkalan Tentera Udara Edwards di California dan dijangka akan mengambil masa antara empat hingga lapan jam.
Boeing turut membangunkan sebuah lagi pesawat besar yang belum dinamakan dan mampu berada di ruang udara lebih 10 hari, selain pesawat tempur Phantom Ray yang memiliki teknologi canggih.
Phantom Eye adalah pesawat pertama seumpamanya, sekali gus bakal membuka pasaran baru, menurut Presiden Boeing Phantom Works, Darry Davis.
“Pesawat ini adalah contoh paling sempurna dalam mengubah idea kepada kenyataan. Ia mendefinisikan usaha pantas kami dalam mengeluarkan prototaip dan menunjukkan tiada yang mustahil terutamanya dalam industri perisikan, pengawasan dan peninjauan.
“Keupayaan pesawat drone ini bakal menawarkan perubahan kepada pelanggan komersial, awam dan tentera kami,” kata Davis.
Phantom Eye yang berkuasa hidrogen sangat efisien dan menjimatkan bahan bakar, selain hanya mengeluarkan air, sekali gus menjadikannya pesawat ‘hijau’.
Ia menggunakan dua enjin 2.3 liter empat silinder yang mempunyai 300 kuasa kuasa kuda. – AGENSI
'via Blog this'
Thailand kemuka bajet RM93b pulih banjir
BANGKOK 31 Okt. – Kerajaan Thailand menimbangkan pelan pemulihan melibatkan belanjawan berjumlah 900 bilion baht (RM93 bilion) berikutan banjir buruk yang melanda banyak kawasan di negara ini.
Sementara itu, pusat bandar raya Bangkok yang dilindungi dengan rangkaian tambak dan benteng beg pasir dijangka terselamat daripada banjir apabila air pasang yang naik di Sungai Chao Phraya sejak beberapa hari lalu surut hari ini, paras air di hulu sungai menurun dan cuaca beransur-ansur baik.
Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mencadangkan pelan 900 bilion baht itu pada satu mesyuarat khas Kabinet semalam, lapor akhbar The Nation, hari ini.
Menurut cadangan itu, bajet 100 bilion baht (RM10.23 bilion) akan dibelanjakan dalam tempoh setahun untuk memulihkan kawasan perindustrian yang teruk terjejas akibat banjir musim monsun di wilayah-wilayah Ayutthaya dan Pathum Thani pada tahun ini, kata Menteri Tenaga, Pichai Naripthaphan.
Kerajaan berharap operasi di kawasan perindustrian terbabit dapat dipulihkan dalam masa tiga bulan.
Sejumlah 600-800 bilion baht (RM61.3-RM81.84 bilion) lagi akan dibelanjakan dalam tempoh yang belum ditetapkan untuk merombak sistem pengurusan air di negara ini berikutan banjir buruk yang telah menyebabkan 381 orang maut dan kerosakan bernilai kira-kira 500 bilion baht (RM51.15 bilion).
“Beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Belanda dan Jepun telah mencadangkan pelan pemulihan untuk Thailand, dan pakej mereka termasuk pinjaman dan teknologi untuk negara kita, tetapi kerajaan belum membuat keputusan,” kata Pichai kepada Bangkok Post.
Banjir musim monsun pada tahun ini, yang terburuk dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, berpunca daripada salah pengurusan dan hujan lebat luar biasa, yang turut menyebabkan banjir di negara jiran, Vietnam, Kemboja dan Laos, menurut pakar.
Paling teruk terjejas akibat banjir ialah tujuh kawasan perindustrian di wilayah Ayutthaya dan Pathum Thai, ke utara Bangkok, yang menempatkan ratusan kilang syarikat asing dan tempatan.
Kawasan perindustrian itu dibina sekalipun pihak berkuasa diberi amaran mengenai lokasinya yang terletak di dataran banjir semula jadi bagi Sungai Chao Phraya yang mengalir dari tengah Thailand ke Bangkok dan seterusnya ke Teluk Siam.
“Beberapa tahun lalu, saya mengesyorkan kawasan itu dizonkan khusus untuk tujuan pertanian dan pengairan, tetapi saya ditertawakan,” kata Pengarah Urusan Chula Unisearch di Universiti Chulalongkorn, Thaweewong Sriburi.
– dpa/Reuters
'via Blog this'
2.8j penduduk AS masih bergelap
NEW YORK 31 Okt. – Kira-kira 2.8 juta penduduk di timur laut Amerika Syarikat (AS) masih terputus bekalan elektrik semalam berikutan ribut salji yang jarang berlaku di kawasan tersebut dalam bulan ini melanda kawasan itu dan membunuh sekurang-kurangnya lapan orang setakat ini.
Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Negara, ribut salji terburuk melanda Jaffrey, New Hampshire dengan salji setebal 80 sentimeter, manakala salji setebal 48 sentimeter melanda kawasan barat Laut New York iaitu West Milford, New Jersey.
Cuaca bersalji dan berangin itu bermula sejak Sabtu lalu dan dijangka bergerak ke Maine hari ini.
Angin kencang dan salji yang berat serta basah mengakibatkan pokok-pokok patah serta merosakkan kabel elektrik dari West Virginia hingga ke Maine.
Gabenor Connecticut, Dannel Malloy berkata, kawasan itu mengalami kes terputus bekalan elektrik terbanyak dalam sejarah.
Maine, Massachusetts dan New Jersey berkata, mereka tidak menjangka perkhidmatan tenaga elektrik akan kembali normal dalam tempoh beberapa hari lagi, sementera Connecticut menyatakan keadaan itu akan kekal selama lebih seminggu lagi.
Penutupan sekolah-sekolah awam di Connecticut dan New Jersey turut diumumkan sehingga keadaan kembali pulih.
Pengangkutan awam terutamanya kereta api turut mengalami gangguan akibat tiada bekalan elektrik. – Reuters
'via Blog this'
3 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran
DUNGUN 31 Okt. - Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Alur Tembesu dekat sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Balai Bomba daerah, Nor Azizi Che Noh memberitahu, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, api yang marak dengan pantas turut memusnahkan sebuah motosikal.
"Setibanya bomba di tempat kejadian api telah marak dan merebak ke ketiga-tiga rumah terbabit. Pihak kami mengawal api daripada merebak ke sebuah lagi rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, dua buah jentera bersama 10 anggota mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran.
"Kita terpaksa mengambil masa lama untuk mengawal kebakaran kerana terdapat masalah air. Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Mangsa, Rosli Yusof, 44, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga membeli barangan untuk perniagaan isterinya di sebuah pasar raya di bandar ini.
"Isteri saya menerima panggilan daripada seorang jiran memaklumkan rumah kami terbakar. Sebaik sahaja sampai, api telah marak membakar ketiga-tiga buah rumah saya dan jiran," katanya.
'via Blog this'
Remaja maut motosikal bertembung ambulans
ALOR SETAR 31 Okt. - Akibat tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan itu yang sedang membelok di Kampung Pokok Asam, Jalan Langgar dekat sini, malam tadi.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8 malam, namun remaja itu, Muhammad Mu'az Johari, 13, dari Kampung Alor Raja meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira pukul 10 pagi ini.
Ketika kejadian, ambulans itu dalam perjalanan ke Kampung Pokok Asam untuk mengambil seorang warga emas yang sakit tenat.
Difahamkan, berikutan kemalangan tersebut, pesakit yang sepatutnya diambil ambulans itu meninggal dunia. Ambulans yang sama digunakan untuk menghantar remaja tersebut ke HSB untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki oleh remaja terlibat bertembung dengan ambulans yang ketika itu mahu membelok di sebuah simpang kanan.
"Sebelum kemalangan, beberapa kereta telah berhenti untuk memberi laluan kepada ambulans itu membelok ke simpang menghala ke Kampung Pokok Asam.
"Bagaimanapun, sewaktu ambulans itu membelok, sebuah motosikal tiba-tiba muncul dan gagal mengelak lalu bertembung dengan ambulans tersebut," katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.
Katanya, remaja itu dikatakan tidak memakai topi keledar, cedera parah di kepala akibat hentakan kuat pada cermin ambulans selain kaki kanannya patah.
"Pemandu ambulans dan tiga pegawai perubatan di dalam ambulans tidak mengalami kecederaan dan keterangan mereka sudah diambil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jenazah Muhammad Mu'az yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Setol, Jalan Langgar hari ini.
'via Blog this'
9 cedera nahas kereta api, lori tangki
pengarang@utusan.com.my
KOTA KINABALU 31 Okt. – Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.
Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.
Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.
Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.
“Lori tangki itu dilaporkan cuba melintas laluan keretapi yang terletak berhampiran jalan besar dekat KKIA bagi menghantar minyak ke sebuah stesen terletak berhampiran dengan laluan keretapi tersebut.
“Namun ia dipercayai tidak sempat melintas dan menyebabkan dirempuh keretapi yang menuju ke Papar,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.
Menurut pemandu lori tangki itu yang ingin dikenali sebagai Pouleh Dansun, sebelum kejadian, dia terdengar hon kuat tetapi menyangka ia dibunyikan oleh kenderaan di belakangnya.
“Namun setelah ditoleh ke kiri sebuah kereta api menuju ke arah saya. Saya cuba memecut lori itu untuk melintas laluan keretapi tersebut tetapi gagal.
“Kereta api itu lalu merempuh bahagian belakang lori dan menyebabkan ia terbakar dan meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut saksi, penumpang-penumpang dalam kereta api itu berjaya menyelamatkan diri selepas pelanggaran berlaku dengan melarikan diri ke bahagian belakang keretapi.
Mangsa-mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, lima kereta bomba dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Katanya, mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.
'via Blog this'
Britain diancam penjenayah siber
LONDON: Sistem kerajaan Britain ‘diserang’ penggodam purata 600 kali sehari, manakala penjenayah mampu mengambil butir-butir mangsa kecurian kad kredit di internet hanya dengan membayar 70 pence (RM3.50), kata Setiausaha Luar William Hague kepada akhbar.Oleh itu, negara yang menghadapi masalah ini tidak mungkin dapat melindungi sistem perbankan mereka termasuk hak intelektual pada masa depan.
“Perniagaan semakin sukar maju atau bertahan jika maklumat peribadi mudah untuk dicuri. Jadi, perkara ini perlu dibendung,” kata Hague.
Terbaru, penggodam cuba menceroboh rangkaian sitem komputer Pejabat Luar, kata ketua agensi risikan komunikasi Britain, kata Iain Lobban, Pengarah Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) yang menyifatkan serangan itu mengancam ekonomi negara itu.
“Kadar e-jenayah dan serangan terhadap sistem kerajaan serta industri membimbangkan. Saya boleh beri keterangan mengenai cubaan curi idea dan reka cipta dalam sektor Teknologi Maklumat (IT), teknologi, pertahanan dan tenaga serta bidang lain, bagi mendapat kelebihan komersial atau keuntungan kerana tahu butir-butir kontrak,” katanya.
Britain membelanjakan £650 juta (RM3 bilion) untuk menyekat serangan itu dalam tempoh empat tahun akan datang. Hague dan Lob-ban berkata, ia memerlukan kerjasama pihak berkuasa dan firma perniagaan.
“Aktiviti di alam siber akan menjadi salah satu cabaran terbesar bagi generasi hari ini,” kata Lobban.
GCHQ memegang peranan sama seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan di Amerika Syarikat sebagai pengurus operasi mengumpul maklumat dan pengesan kod dan bertindak sebagai pelindung sistem komputer Britain.
Lobban jarang membuat ulasan secara terbuka. Kenyataan terbarunya dibuat setahun selepas beliau berucap mengenai tindakan kerajaan asing menggunakan alam siber bagi menyerang pihak lain. – Reuters
'via Blog this'
Pelajar tulang ‘S’ perlu RM41,000
KUALA LUMPUR: “Saya meminati mata pelajaran Sains dan suka menyelidik, suatu hari nanti saya ingin menjadi saintis,” kata Nur Ezani Amira Hamidan, 15, seorang daripada dua pesakit yang memerlukan bantuan bagi menjalani pembedahan kerana menghidap masalah tulang belakang bentuk ‘S’.Nur Ezani Amira, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading yang baru saja menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu, memerlukan sumbangan sebanyak RM20,500 untuk menjalani pembedahan November ini.
Seorang lagi pesakit ialah Siti Nur Natasya Mohd Rais, 20, pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Taman Permas Jaya, Johor Bahru yang akan menjalani pembedahan pada Disember ini, memerlukan sumbangan dengan jumlah sama RM20,500.
Nur Ezani Amira yang berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor berkata dia berharap dapat cepat sembuh untuk meneruskan persekolahan seperti biasa selepas menjalani pembedahan itu.
“Saya memang memerlukan pembedahan secepat mungkin kerana tulang belakang sudah bengkok 80 peratus. Kesihatan saya semakin teruk dan tidak selesa untuk duduk.
“Tidur saya juga mudah terganggu disebabkan masalah tulang belakang yang saya alami,” katanya ketika ditemui di Balai Berita The New Straits Press (M) Berhad (NSTP), di sini, semalam.
Siti Nur Natasya yang berasal dari Masai, Johor pula berkata, tulang belakangnya kini membengkok 60 peratus dan kesihatannya semakin bertambah teruk kerana mudah berasa penat dan letih.
“Saya tidak boleh tidur terlentang atau mengiring. Kalau lakukan juga, ia boleh menyebabkan belakang badan semakin sakit.
“Oleh itu, saya hanya tidur meniarap yang secara tidak langsung mengganggu pernafasan saya,” katanya.
Siti Nur Natasya berkata, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun lalu kerana perlu menjalani pembedahan tulang belakangnya.
Bagaimanapun, katanya apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila pembedahan itu terpaksa ditunda kerana kesihatannya tidak mengizinkan.
Oleh itu, katanya untuk tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan.
“Saya harap mendapat sumbangan yang diperlukan untuk menjalani pembedahan tulang belakang saya,” katanya yang menderita sakit sejak berusia sembilan tahun.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada dua pelajar terbabit boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama pesakit berkenaan di belakang cek itu.
'via Blog this'