Pages

Monday, July 25, 2011

SIAPAKAH ZINNIRAH YANG MENJADI BIDADARI SYURGA


Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.
[/box]
BIDADARI SYURGA

Secebis Kisah Kenikmatan di dalam Syurga

Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;
  1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
  2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)
  3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
  4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
  5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
  6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
  7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
  8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
  9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
  10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)
Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a. Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.

Wallahu'alam.
Kisah Sepanjang Zaman: Secebis Kisah Kenikmatan di dalam Syurga

Kisah Bidadari 'Ainul Mardhiyah

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid: "Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk mula keluar ke medan peperangan pada hari Isnin, lalu seorang dari kami membaca ayat 11 surah Attaubah yang bermaksud: "Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga".

Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yang berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata: "Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu". Aku berkata padanya: "Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualan itu". Pemuda itu lantas berkata: " Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian". Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan peperangan.

Bila tiba hari Isnin, beliaulah orang yang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam kepada ku: "Assalamualaikum ya Abdul Wahid" Aku menjawab: "Wa alaikassalam warahmat Allah wabarakaatuh. Semoga Allah SWT memberi keuntungan dalam jualanmu itu."

Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami di waktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan yang kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rum, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru: "Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ ul Mardhiyah". Ramai di antara kami menyangka pemuda itu mengalami ganguan saraf ingatan.

Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya: "Wahai kesayanganku, apakah itu Ainaa’ ul Mardhiyah?" Lantas beliau menjawab: "Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ ul Mardhiyah. Aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata Demi Allah, itulah suami Ainaa’ ul Mardhiyah. Lantas aku memberikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, apakah di sini tempat Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu ke depan lagi."

Pemuda itu meneruskan ceritanya: "Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelum mereka. Mereka berkata, Demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun mengucapkan salam kepada mereka lantas bertanya, apakah ada di antara kamu ini Ainaa’ ul Mardhiyah? Sesudah menjawab salamku mereka berkata yang mereka adalah budak serta pelayan-pelayan Ainaa’ ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku."

Pemuda itu berkata lagi: "Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis yang aku lihat sebelum mereka. Akupun mengucap Assalamualaikunna, apakah ada pada kamu Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, teruskan perjalanan kamu ke hadapan."

Pemuda itu menyambung cerita: "Tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Aku mengucap Assalamualaikunna, apakah di sini ada Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab Ya Wali Allah, kami hanyalah budak serta pelayannya sahaja. Majulah kamu ke hadapan".

Pemuda itu mengakhirkan cerita: "Akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai pada satu kemah yang diperbuat dari permata yang berlubang. Ku lihat ada seorang gadis yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu kemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, akupun meluru masuk ke dalam kemah berkenaan. Di dalam kemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona bila ku lihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatap aku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambut aku dengan kalimat, Marhaban bi waliyir Rahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya. Tapi Ainaa’ ul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa di sini InsyaAllah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi…"

Abdul Wahid berkata: "Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya ku lihat pemuda itu rebah Akupun segera pergi ke arahnya. Dalam keadaan tubuhnya yang berlumuran darah, ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia."

Wallahu'alam.
Kisah Sepanjang Zaman: Kisah Bidadari Ainaa’ ul Mardhiyah

KISAH BIDADARI SYURGA


Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
"Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Allah s.w.t. telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata." "Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t. dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka." "Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Sahabat yang dikasihi, Kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. adalah sebagai motivasi kepada orang-orang Mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah s.w.t. Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah dengan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya disana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang masih berada didunia lagi. Bidadari-bidadari yang berada di Syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri yang di dunia ini adalah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di Syurga adalah isteri-isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.

Terdapat satu kisah mengenai bidadari menanti untuk menjadi isteri orang yang bertaqwa. Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya. "Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman "Saya dari Iraq" jawabnya "Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?" "Boleh." Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah. Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum. Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda soleh itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya. "Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian ?" tanya Abu Sulaiman. "Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku."

Setelah itu aku pun terjaga. Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat. Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi. Sahabatku, Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insya Allah!

wallahua'lam
Muhammad Nur Ubaidillah: KISAH BIDADARI SYURGA

Kisah Bidadari Assyura

Athiah bin Khalaf adalah seorang saudagar Mesir terkenal. Semula ia kaya raya, namun belakangan jatuh pailit. Satu-satunya kekayaan yang masih tertinggal padanya adalah sepasang busana yang dikenakannya.

Pada Asyura, 10 muharram, Athiah bin Khalaf menunaikan shalat subuh di masjid Amru bin Ash. Ketika ia sedang duduk sendirian disalah satu sudut masjid, datanglah seorang ibu bersama beberapa orang anak yang masih kecil-kecil.

“ Tuan, tolong lepaskanlah aku dan anak-anakku dari kesulitan hidup. Suamiku telah meninggal tanpa mewariskan apa-apa. Pekerjaan meminta-minta baru aku lakukan sekali ini. Aku juga keluar rumah karena terpaksa. Tolonglah tuan.”

Sejenak Athiah berpikir,apa yang mesti diberikan pada wanita itu? Sedangkan ia sendiri tidak memiliki apa-apa, kecuali busana yang melekat di badan. Jika pakaian ini kusumbangkan, akan terbukalah auratku, pikirnya. Tapi jika kutolak permintaannya, bagaimana nanti kata Rasulullah Saw terhadapku.

“ Baiklah, ayo ikut aku ke rumah,” ajak Athiah lembut. Sesampai di rumah ia menyuruh wanita tersebut menunggu diluar. Setelah melepas busananya, Athiah menyerahkan kepada wanita itu dari balik pintu.

“ Mudah-mudahan Allah SWT memberi tuan pakaian dan perhiasan dari surga. Tuan tidak akan lagi memerlukan bantuan dari orang lain selama hidup.”

Athiah sangat gembira mendengarnya. Setelah itu ia hanya mengunci diri dalam kamar. Ia berzikir siang malam. Sampailah pada suatu malam ia bermimpi melihat seorang bidadari yang cantik molek. Tangan kiri bidadari itu memegang apel beraroma harum dan setelah dibelah keluarlah sejumlah perhiasan surga. Bidadari itu mengenakan perhiasan surga kepada Athiah, lantas duduk menghiburnya.

“ Siapakah engkau? ” Tanya Athiah.

“ Saya Assyura, istri engkau dalam surga ini,” jawab bidadari itu.

“ Bagaimana saya bisa mendapatkan kebahagiaan seperti ini? ”

“ Berkat doa wanita yang engkau tolong kemarin.”

“ Athiah tersentak. Ia bangun dari tidurnya dengan riang gembira. Lantas mengambil air wudhu dan shalat dua rakaat, sebagai pernyataan syukur kepada Allah Swt. Usai shalat, Athiah bin Khalaf berdoa. “ Ya Allah, andai benar mimpiku tadi dan bidadari itu yang akan menjadi istriku, cabutlah nyawaku sekarang juga, supaya aku segera mendapatkannya. ”

Belum sampai ia menutup doanya, Allah mengabulkan permintaannya. Pada waktu itulah Athiah meninggal dunia.

Sumber : Sedekah Membuka Pintu Surga Oleh Syamsul Rijal Hamid – Cahaya Salam.

Kisah Bidadari Assyura

Kisah Nabi Musa dan Seorang Anak Soleh


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SW.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama
orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke
bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang
Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
[ Ana Khilafah : I know who drives the clouds ]: Kisah Nabi Musa dan Seorang Anak Soleh

Petua halau tikus

Terkini Bersama: Petua halau tikus: "
durian belanda

Tikus banyak di dalam atau di luar rumah anda, berlari lari diatas syiling rumah? Dapatkan dahan pokok durian belanda dan letakkan dibahagian tersembunyi atau ditempat yang sering ada tikus. Pasti tikus akan hilang dari rumah anda. kenapa? saya pun tak tahu.

ps: guna dahan yang kecil la, jangan pakai batang pokok lak."

3 tentera Thai maut helikopter terhempas


ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa nahas helikopter di wilayah Phetchaburi, semalam.
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa nahas helikopter di wilayah Phetchaburi, semalam.


17 terkorban dalam tiga nahas sejak 16 Julai

BANGKOK: Tiga anggota tentera terkorban dan seorang cedera semalam dalam kemalangan maut ketiga helikopter tentera Thailand dalam sembilan hari, kata seorang jurucakap tentera.

Helikopter Bell 212 yang sedang mengambil bahagian dalam misi menyelamat selepas satu lagi nahas helikopter Selasa lalu, terhempas di wilayah Phetchaburi, barat daya ibu kota ini, menjadikan angka kematian daripada tiga nahas helikopter sejak 16 Julai lalu kepada 17 orang.
“Ada dua juruterbang dan dua juruteknik tentera di dalamnya. Seorang cedera dan tiga terkorban,” kata Kolonel Sunsern Kaewkumnerd kepada AFP.
Saluran berita televisyen Thailand menunjukkan gambar udara helikopter yang terbakar, dalam wilayah hutan tebal sama yang menyaksikan tragedi sebelumnya.

Helikopter itu, yang terbang dari ibu kota ini ke sebuah pangkalan pasukan khas di Phetchaburi, kelmarin sedang memindahkan mayat dari sebuah helikopter Black Hawk yang terhempas Selasa lalu, di mana sembilan terkorban.

Mangsa adalah lapan kakitangan tentera dan seorang jurukamera televisyen dari Saluran 5 dikendalikan tentera.

Bangkai helikopter Black Hawk itu ditemui di kawasan hutan tebal menyeberangi sempadan Myanmar pagi Jumaat lalu, tiga hari selepas ia hilang ketika satu misi mencari mayat lima anggota tentera yang terkorban dalam satu kemalangan helikopter 16 Julai lalu.
Perdana Menteri yang bakal berundur Abhisit Vejjajiva berkata, tragedi bersiri itu mempunyai ‘kesan besar’ ke atas semangat tentera, sementara satu tulisan dalam akhbar bahasa Inggeris The Nation semalam berkata: “Ia menggambarkan kesuraman di seluruh negara.”

Selepas kemalangan ketiga pagi semalam, Ketua Tentera, Jeneral Prayut Chan-O-Cha, berkata misi udara wujud dengan risiko tambahan, namun menegaskan keselamatan menjadi satu keutamaan.

“Dua kemalangan pertama disebabkan cuaca buruk dan ketiga dianggap masalah enjin, namun kami akan menunggu satu siasatan,” katanya dalam Saluran 3.

Dalam kemalangan pertama, sebuah helikopter Huey terhempas ketika cuaca buruk dalam satu misi menaikkan anggota tentera dari kawasan hutan tebal. – AFP Berita Harian Online | 3 tentera Thai maut helikopter terhempas

Budak ditemui pengsan dalam gerabak


KOMBINASI gambar menunjukkan gerabak kereta api laju dialihkan daripada jambatan di wilayah Zhejiang, semalam. - Foto REUTERS
KOMBINASI gambar menunjukkan gerabak kereta api laju dialihkan daripada jambatan di wilayah Zhejiang, semalam. - Foto REUTERS


Mangsa mampu gerak tangan walaupun terperangkap 21 jam dalam bangkai kereta api laju

SHUANGYU: Seorang kanak-kanak empat tahun ditemui pengsan dalam bangkai gerabak kereta api laju China semalam, 21 jam selepas berlakunya kemalangan ngeri di timur China itu yang meragut 43 nyawa dan menyebabkan 200 orang cedera.

Agensi berita Xinhua melaporkan kanak-kanak itu ditemui awal semalam ketika pasukan penyelamat bersiap sedia untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan.
“Kami menemui kanak-kanak itu. Dia masih boleh menggerakkan tangannya.” seorang ahli bomba dipetik sebagai berkata oleh agensi berita China itu. Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital tetapi tidak ada butir lanjut diberi mengenainya.

Kanak-kanak itu dipercayai berada dalam salah satu daripada dua kereta api laju yang terbabit dalam kemalangan di atas sebuah jejambat di timur China itu.
Salah satu daripada kereta api elektrik itu yang sedang menuju ke selatan dari Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang, kehilangan kuasa petang kelmarin apabila disambar petir.

Kereta api itu terhenti di atas jejambat berkenaan dan beberapa ketika kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi kereta api laju yang berada di landasan sama.

Empat gerabak pertama kereta api di belakang jatuh 20 hingga 30 meter ke bawah jejambat. Salah satu daripada gerabak itu tersandar terhadap jejambat itu dalam kedudukan tegak.
Sementara itu, pihak berkuasa di China mengarahkan penambahbaikan ‘segera’ ke atas tahap keselamatan rangkaian kereta api lajunya.

China membelanjakan jumlah wang yang besar wang untuk membangunkan rangkaian kereta api lajunya yang akan meliputi 13,000 kilometer menjelang akhir 2012 dan 16,000 kilometer pada 2020.

Landasan berkelajuan tinggi baru bernilai AS$33 bilion (RM98.21 bilion) menghubungkan Beijing dan Shanghai dibuka kepada penumpang 30 Jun lalu, setahun sebelum dijadualkan dan sehari sebelum sambutan menandakan ulang tahun ke-90 Parti Komunis China.

Rangkaian baru itu mengurangkan sehingga separuh masa perjalanan di antara Beijing dan Shanghai, namun perkhidmatannya kadang kala lewat disebabkan kekurangan bekalan elektrik, mencetuskan siri kritikan. – AFP Berita Harian Online | Budak ditemui pengsan dalam gerabak

Gaddafi sanjung Hosni Mubarak

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam memuji bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dengan menyifatkan beliau sebagai orang yang “bersederhana’.

Menurut Gaddafi, Hosni sepatutnya diberi penghormatan, bukan penghinaan.


“Saya kenal Hosni Mubarak, seorang yang hidup sederhana dan menyayangi rakyatnya,” kata Gadaffi dalam rakaman audio yang disiarkan televisyen Libya semalam.

Ucapan itu sempena ulang tahun rampasan kuasa 1952 di Mesir yang diketuai oleh Gamal Abdel Nasser terhadap pemerintahan beraja.


Menurut Gaddafi, revolusi itu memberi inspirasi kepadanya untuk mengetuai rampasan kuasa di Libya dan menggulingkan Raja Idriss yang disokong Barat, pada 1 September 1969.


“Hosni Mubarak sepatutnya dimuliakan bukan dimalukan,” katanya.

Pemerintahan Hosni, 83, selama tiga dekad berakhir dengan pemberontakan pada bulan Febuari. Beliau dijangka dibicarakan di mahkamah pada 3 Ogos ini bersama-sama dua anak lelakinya atas tuduhan membunuh dan rasuah. Hosni kini ditahan di sebuah hospital di sebuah bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh, kerana menjalani rawatan sakit jantung.

Gaddafi yang masih tidak mahu melepaskan kuasanya walaupun pemberontakan besar-besaran menolak rejimnya dan juga setelah berbulan-bulan dibedil oleh tentera udara Nato, menggesa rakyat Mesir untuk mengikut model politik Libya.

Beliau juga berkata, konflik yang melanda negaranya bukanlah pertempuran menentang rejimnya tetapi satu ‘rancangan jahat penjajah.’ Gaddafi turut menafikan tuduhan kumpulan hak asasi antarabangsa kononnya beliau menindas mereka yang berbeza pendapat dengannya serta dakwaan kononnya rejimnya membunuh beribu-ribu penunjuk perasaan.


“Mereka berbohong dan berkata ‘Libya membunuh rakyatnya dengan peluru, sebab itu kami mesti melindungi orang awam’,” kata Gadaffi merujuk kepada kempen serangan udara Nato yang mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas alasan untuk melindungi orang awam. - Reuters

myMetro | Gaddafi sanjung Hosni Mubarak

Bapa terkejut selepas tahu anak bertanggungjawab membunuh

OSLO: Bapa penyerang yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya 92 orang di sini berkata, dia terkejut dan hanya mengetahui pembabitan anak lelakinya ketika membaca akhbar di Internet.

“Saya membaca akhbar dalam talian dan tiba-tiba saya nampak nama dan gambarnya di Internet,” kata bapa Anders Behring Breivik kepada akhbar Verdens Gang. Lelaki itu yang juga pesara, diwawancara dari Perancis berkata dia tidak berhubung dengan anak lelakinya itu sejak 1995.


“Amat mengejutkan apabila mendapat tahu mengenainya. “Saya belum pulih daripada rasa terkejut,” katanya. Breivick mengakui melakukan letupan bom dan serangan senjata api itu tetapi berkata dia didorong oelh semangat untuk melakukan revolusi dalam usaha mengubah masyarakat, kata peguamnya. - Agensi

myMetro | Bapa terkejut selepas tahu anak bertanggungjawab membunuh

Mahu hapus Islam di Eropah


ANGGOTA polis mengumpulkan mayat mangsa pembunuhan Breivik  di pulau Utoeya,  kira-kira 40 kilometer ke barat daya Oslo, semalam.
ANGGOTA polis mengumpulkan mayat mangsa pembunuhan Breivik di pulau Utoeya, kira-kira 40 kilometer ke barat daya Oslo, semalam.


GAMBAR yang diambil daripada Internet menunjukkan  Breivik mengacukan senjata  automatik.
GAMBAR yang diambil daripada Internet menunjukkan Breivik mengacukan senjata automatik.



SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.
Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.


Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.
Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.

Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.

Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.

Dalam teks bertajuk ‘Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah’ dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.

“Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi,” tulisnya.

“Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.

“Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.”

Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.

Dia berkata: “Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.

Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi
myMetro | Mahu hapus Islam di Eropah

Terperosok bawah bas


NGERI...anggota bomba  mengeluarkan mangsa yang maut di bawah bas ekspres.
NGERI...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut di bawah bas ekspres.


LEMBAH BERINGIN: Seorang lelaki maut sebaik motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting dan digilis sebuah bas ekspres di Kilometer 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, di sini petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23, mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemandu bas ekspres berkenaan, Ismail Naim, 52, berkata dia terkejut apabila ternampak ada objek terbang menghentam cermin hadapan diikuti bunyi dentuman kuat lalu memberhentikan bas dipandunya dengan segera.

Katanya, sebaik turun daripada bas, dia amat terkejut melihat ada seorang lelaki terperosok rapat di bawah bas membawa 41 penumpang dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, cermin hadapan bas itu pecah dan retak teruk selepas dipercayai terkena topi keledar mangsa.


“Saya menghubungi pasukan bomba dan polis bagi memaklumkan kejadian itu bagi mendapatkan bantuan dengan segera. Selain itu, pemilik syarikat bas kami juga turut dihubungi untuk memberitahu kejadian itu.

“Mangsa yang sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan sepasukan anggota bomba Kuala Kubu Bharu kira-kira 30 minit selepas kemalangan berlaku,” katanya.

Naim berkata, semua penumpang basnya yang terselamat dipindahkan menggunakan dua bas lain bagi meneruskan perjalanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
myMetro | Terperosok bawah bas

Empat sahabat ke tali gantung

ALOR SETAR: Empat sahabat termasuk seorang warga Thailand dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar 93.7 kilogram (kg) ganja, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Sabri Ishak, 36; Muhammad Hasbi Baskaran Abdullah, 41; Jaren Saedtanee, 37, dan Azizan Hamid, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar ganja di Jalan Taman Seri Temin, Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 7 pagi 20 Mei 2006.
Ketika itu, Mohd Sabri ialah pekerja kargo Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang, Muhammad Hasbi Baskaran pemandu lori, manakala Saedtanee dan Azizan bekerja sebagai nelayan.

Mohd Zaki berkata, selepas meneliti pembelaan keempat-empat tertuduh mahkamah mendapati mereka gagal menimbulkan keraguan terhadap kes, sehubungan itu, mahkamah mendapati mereka bersalah.
Berita Harian Online | Empat sahabat ke tali gantung

Tahan sakit 7 jam disengat tebuan


MUHAMMAD ADLI   menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar  kelmarin.
MUHAMMAD ADLI menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar kelmarin.


KUALA KANGSAR: Dua pelajar Tingkatan Dua Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh terpaksa menanggung kesakitan hampir tujuh jam sebelum diselamatkan bomba dan penyelamat akibat cedera disengat tebuan ketika mendaki Gunung Bubu, Ulu Kenas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Adli Aiman Razali dan Mohd Harith Zainudin, masing-masing berusia 14 tahun, cedera terutama di muka dan seluruh badan akibat disengat tebuan tanah sebelum dibawa turun anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, malam kelmarin.
Kedua-dua mereka yang kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK) dilaporkan stabil dan dijangka keluar hospital hari ini. Mereka antara 26 pelajar dan tiga guru pengiring STAR yang menyertai ekspedisi berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Adli, berkata dia bersama pelajar lain termasuk guru pengiring mula mendaki gunung berkenaan kira-kira jam 9 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang apabila secara tiba-tiba diserang tebuan tanah.

“Sebaik diserang, saya dan Mohd Harith lari bertempiaran serta sempat menjerit kepada rakan lain termasuk guru supaya menyelamatkan diri.

“Keadaan menjadi kelam-kabut apabila masing-masing lari menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun, keadaan kembali tenang setengah jam kemudian sebelum saya diberi rawatan awal oleh guru,” katanya ketika ditemui di HKK di sini, semalam.
Muhammad Adli berkata, tebuan tanah itu menyerangnya selepas dia dan Mohd Harith terpijak sarang serangga berbisa itu ketika mendaki. Berita Harian Online | Tahan sakit 7 jam disengat tebuan

Mangsa asid lawat ayah di penjara


KU HUZAIMAH bersama Lin (kiri) dan anak-anaknya yang lain selepas melawat bekas suaminya di Penjara Marang, Terengganu semalam.


MARANG - Biarpun hanya menyentuh tangan ahli keluarganya beralaskan cermin kaca, namun itu sudah cukup untuk menguatkan semangat Mat Haizan Mat Yassin, 34, dalam mengharungi hukuman di Penjara Marang kerana menyimbah asid pada anak dan isterinya sendiri tahun lalu.

"Terima kasih sebab masih ingat saya lagi. Terima kasih sekali lagi sebab bawa anak-anak jumpa saya," kata Mat Haizan sambil menitiskan air mata ketika menerima kunjungan isteri dan anak-anaknya di penjara semalam.

Mat Haizan kini menjalani hukuman penjara 10 tahun selepas mahkamah mendapati bersalah mencederakan isteri, anak-anaknya di rumah ibu mertuanya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu 15 Ogos tahun lalu dengan menyimbah asid.

Pada kejadian itu, anak keduanya daripada empat beradik, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, atau Lin cedera hampir keseluruhan wajahnya dan beberapa anggota badan manakala isterinya, Che Ku Huzaimah Che Ku Wang, 29, anak keduanya, Muhammad Irfan Firdaus, 3, ibu mertuanya Minah Omar, 57, cuma cedera ringan.

"Saya benar-benar menyesal dengan apa yang telah berlaku dan saya amat terharu apabila isteri yang telah diceraikan sudi memaafkan dan membawa anak-anak melawat saya di penjara hari ini (semalam)," katanya.

Sementara itu, Che Ku Huzaimah berkata, kunjungan itu sebagai memenuhi permintaan Mat Haizan dan anak-anaknya sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi.

"Tahun lepas kami berpuasa di hospital sebab kejadian berlaku pada minggu pertama puasa dan masa tu Lin kena tahan di wad lebih dua bulan sehingga hari raya.

"Selepas hampir setahun kejadian berlaku, saya reda dan rasa marahnya pada Mat Haizan sudah hilang sepenuhnya dan berharap puasa kali ini dapat disambut dalam suasana yang lebih tenang," katanya lagi.

Menurut Che Ku Huzaimah, apa yang berlaku dianggap sebagai takdir.

Kosmo! Online - Negara

Guru maut, adik angkat parah


MAYAT Nur Zakiah (gambar kecil) terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di KM 33.7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.

Manakala adik angkatnya yang juga seorang guru, Azuanurhuda Abdul Rahman, 24, mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Difahamkan, sebelum kejadian Nur Zakiah yang memandu Toyata Rush dari Melaka tiba ke Johor Bahru untuk menjemput adik angkatnya membeli-belah.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan Nur Zakiah terperosok di bawah kenderaan manakala Azuanurhuda jatuh di bahu jalan.

Pemandu Toyota Hilux itu yang memandu sendirian hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kosmo! Online - Negara

Banduan menyamar polis dicekup




SALAH satu koleksi gambar suspek lengkap berpakaian seragam polis yang terdapat dalam album miliknya.


KOTA BHARU - Tembelang seorang bekas banduan yang menyamar sebagai polis berpangkat Inspektor dan Asisten Supritendan (ASP) untuk memperdaya orang ramai sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan di Jalan Long Yunus dekat sini Khamis lalu.

Lelaki berusia 34 tahun dari Miri, Sarawak itu ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta Toyota Alphard yang disewa. Turut menemui ‘vest’ bertulis polis dan wang RM2,619.

Modus operandi suspek ialah akan mengaku sebagai pegawai kanan polis sebelum memperdaya mangsa kononnya dia mampu membebaskan rakan atau ahli keluarga mereka yang ditahan selain memiliki album gambar di mana dia memakai seragam polis dalam pelbagai aksi.

Difahamkan, dalam tempoh tersebut, suspek berjaya mengaut RM145,000 selepas memperdaya lima mangsa di Lembah Klang dan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis kemudian telah menyerbu rumah suspek di Tanjong Chat dekat sini dan merampas gari, seragam polis, sarung tangan dan sarung pistol.

Katanya, selain itu, pihaknya turut menemui satu album gambar suspek lengkap berpakaian seragam, lencana polis, pangkat Inspektor dan ASP.

“Semakan mendapati suspek pernah terlibat memperdaya mangsa masing-masing seorang dari Dang Wangi, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor, dan tiga di sini sebaik sahaja dibebaskan dari penjara tiga bulan lalu.

“Salah satu penipuan yang dilakukannya ialah menyamar polis dan berjanji dengan mangsa untuk membebaskan seorang suspek yang ditahan dengan kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, suspek meneruskan kegiatannya dengan menyamar sebagai polis Bukit Aman dan meminta wang RM20,000 kononnya untuk membantu menyelesaikan urusan melelong barangan elektrik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Menurut Azham, pada Mei lalu, suspek bersama rakan wanitanya telah memperdaya seorang peniaga emas di Kubang Kerian dengan memberikan cek palsu selepas mendapat barang kemas bernilai RM125,000.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170/420 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan menipu. Sabit kesalahan dia boleh dipenjara 10 tahun, sebat dan denda.

Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barang-barang yang dibekalkan kepada pegawai polis. Dia boleh dipenjara enam bulan atau denda RM500.

Kosmo! Online - Negara

Hasrat sunting Shakeera berkecai


ABDUL SALIMI bertafakur seketika di pusara Shakeera Hani yang maut dalam kemalangan di Hulu Selangor kelmarin.


KUALA LUMPUR – Di sebalik kesedihan yang melanda Abdul Salimi Abdul Halim, 31, akibat kehilangan rakan sekerja wanitanya, Shakeera Hani Aznan yang maut dalam kemalangan di Hulu Selangor kelmarin, tersimpan satu hasrat di hatinya yang mungkin akan dibawa hingga ke mati.

Menurut Abdul Salimi, dia memang berhasrat untuk menyunting Shakeera Hani, (gambar kecil) 26, untuk dijadikan teman hidupnya dan perkara itu telah dipersetujui mangsa. Shakeera Hani merupakan Eksekutif Pemasaran di Utusan Media Sales Sdn. Bhd.

Katanya, dalam sekelip mata, dia kehilangan orang yang dicintainya itu dan peristiwa tersebut bagaikan satu sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan. Bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan Ilahi.

“Semasa dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan Shakeera di Langkawi, kami telah berbincang mengenai perkara itu dalam kereta.

“Dalam malu, dia nampak gembira lebih-lebih lagi bila saya mahu tarikh pernikahan ditetapkan segera iaitu pada Jun tahun depan dengan majlis pertunangan hendak diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika dihubungi semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, Abdul Salimi terselamat selepas kereta jenis Proton Inspira yang baru dibeli tiga minggu lalu terlibat dalam kemalangan apabila tayar depannya pancit sebelum melanggar penghadang jalan lalu berpusing beberapa kali.

Kemalangan pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Hulu Selangor itu menyebabkan Shakeera Hani yang turut berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Menurut Abdul Salimi, hasrat murni mereka juga telah dimaklumkan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.

“Arwah baru saja kerja di situ kira-kira empat bulan manakala saya pula enam tahun. Kami berkenalan sejak dua bulan lalu dan mula rapat sebulan kemudian.

“Saya meminatinya kerana dia gadis yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya iaitu pandai mengambil hati dan sempurna,” katanya lagi.

Ujar Salimi, dia kini perlu menguatkan semangat untuk menghilangkan kesedihan yang menimpanya selepas tragedi mengejut tersebut.

Jenazah Shakeera Hani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur kelmarin.

Kosmo! Online - Negara