Pages
▼
Tuesday, January 4, 2011
Duit kertas 100 trilion
SH: "
HARARE - Wang kertas lama Zimbabwe dengan nilai m:uka 100 trilion menjadi rebutan pelancong di negara itu untuk dijadikan sebagai cenderamata ekonomi.
Wang 100 trilion dolar Zimbabwe - dengan 12 angka kosong - adalah nilai tertinggi yang dikeluarkan bank negara itu dan kini dijual pada harga AS$5 (RM15) sekeping.
Wang itu, beserta wang kertas lain dengan nilai sehingga jutaan, bilion dan trilion tidak digunapakai lagi sejak dua tahun lalu apabila matawang Amerika Syarikat mula digunakan di negara itu bagi memadamkan rekod inflasi Zimbabwe yang terlampau tinggi.
Semasa kemuncak kegawatan ekonomi di negara Afrika itu pada 2008, di mana inflasi meningkat sehingga bilion peratus dan harga barang naik pada setiap jam, 100 trilion hanya mampu membeli beberapa barangan runcit.
Pelajar sekolah di Zimbabwe juga tidak dapat memahami penggunaan sebenar nombor dan angka akibat penggunaan wang kertas bernilai jutaan dan bilion dolar di negara itu.
Dalam satu lawatan sambil belajar, murid-murid tidak kagum apabila diberitahu batu granit di negara itu berusia 700 juta tahun kerana pada masa itu, 700 juta dolar Zimbabwe hanya boleh membeli sebuku roti."

Kaki Zsa Zsa Gabor kena potong
Berita Harian Online | Kaki Zsa Zsa Gabor kena potong: "
2011/01/04
LOS ANGELES: Aktres Zsa Zsa Gabor dimasukkan ke hospital di sini kelmarin untuk menjalani pembedahan membuang separuh kaki kanannya.
Gabor, dipercayai berusia 93 tahun dan tidak sihat sejak Julai lalu apabila dia patah tulang paha dan luka yang bertukar kepada ‘kereputan tisu secara meluas’, kata suaminya Frederic Prinz von Anhalt.
Selepas doktor memberi amaran dia akan mati kecuali kakinya dipotong di atas lutut, Gabor ‘menjerit dan berteriak’ kerana mahu menghabiskan sambutan Tahun Baru di rumahnya untuk sambutan tradisi minum champagne dan caviar, katanya.
Dia akhirnya dimasukkan ke Pusat Perubatan UCLA dan bersedia menjalani pembedahan petang kelmarin, katanya.
Gabor berdepan komplikasi jelas kerana usianya namun satu pembedahan berjaya mungkin mampu memanjangkan hayat aktres itu, kata jurucakapnya John Blanchette.
Sebagai seorang pelakon, Gabor yang dilahirkan di Hungary terkenal kerana peranannya dalam filem hit 1950 an Moulan Rouge dan Lili.
Bersama kakaknya Eva dan Magda, dia menjadi tarikan dalam lingkungan sosial Hollywood kerana memanggil semua orang ‘dah-ling’ dalam bahasa yang pekat. – Reuters"

Pengasas Facebook bernilai RM43b
myMetro | Pengasas Facebook bernilai RM43b: "LOS ANGELES: Facebook menarik pelaburan sebanyak AS$500 juta (RM1.5 bilion) dalam perjanjian yang meningkatkan nilai syarikat berkenaan menjadi AS$50 bilion (RM155 bilion), sekali gus menjadikan pengasasnya, Mark Zuckerber kini bernilai hampir AS$14 bilion (RM43.4 bilion).
Goldman Sachs semalam melabur AS$450 juta (RM1.4 bilion) sementara syarikat pelaburan Russia, Digital Sky Technologies melabur AS$50 juta (RM155 juta), lapor akhbar New York Times.
Pengaliran tunai baru itu akan membolehkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan dan membangunkan lebih banyak produk.
Menurut akhbar itu, Goldman merancang mewujudkan syarikat khas untuk membolehkan pelanggannya melabur dalam Facebook.
Dengan bernilai AS$50 bilion (RM155 bilion), ia akan meningkatkan nilai Facebook lebih tinggi berbanding TYahoo, eBay dan Time Warner. - Agensi"

Helmet maut RAF
CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF. |
LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.
‘Topi keledar maut’ yang berharga �250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.
Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.
Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.
Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.
Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.
Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.
“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - AgensimyMetro | Helmet maut RAF
Pengasas Facebook makin kaya
MARK ZUCKERBERG |
NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).
Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).
Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.
Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).
Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi"Kosmo! Online - Dunia: "
Ular ancam mangsa banjir di Australia
Kosmo! Online - Dunia: "
SEEKOR ular menyeberangi sebuah lebuh raya yang dilanda banjir di Rockhampton, Australia semalam.
ROCKHAMPTON, Australia - Pihak berkuasa Australia bimbang mengenai tahap kesihatan dan keselamatan mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing kerana mereka berdepan risiko dengan ular berbisa dan labah-labah, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak enam peluru antibisa ular dan 10 suntikan antibisa merupakan antara ubat-ubatan yang dihantar kelmarin ke Rockhampton sebagai persedian menghadapi serangan ular.
Jurucakap kesihatan menjelaskan bahawa ular dan labah-labah suka bersembunyi di dalam rumah dan bangunan ketika banjir melanda.
Seorang penduduk di sebuah kampung di Depot Hill, Barry Moessinger memberitahu bahawa dia ternampak kira-kira 15 ekor ular dalam masa sehari pada minggu lalu.
'Ular sangat banyak kerana di sini terdapat tikus, katak dan kami tahu ular akan datang,' kata Moessinger.
Datuk Bandar Rockhampton, Brad Carter turut menjelaskan bahawa banjir itu juga mempunyai risiko buaya kerana terdapat beberapa ekor reptilia itu di Sungai Fitzroy.
- Agensi"

Saintis cipta hujan lebat di gurun
DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.
Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.
Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.
Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.
Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.
Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.
"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.
Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.
Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.
Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.
Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - AgensiKosmo! Online - DuniaImej Kucing Merah berjaya dirakam di Pulong Tau
IMEJ seekor Kucing Merah yang berjaya dirakam di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini. |
KUCHING 3 Jan. - Imej seekor kucing yang amat jarang ditemui di dunia, Kucing Merah atau nama saintifiknya Catopuma Badiaberjaya dirakamkan oleh perangkap kamera di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.
Pengarah Projek Taman Negara Pulong Tau, Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO), Dr. Paul Chai Pang Kiong berkata, tiga imej kucing berkenaan berjaya dirakamkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui perangkap kamera yang ditaja oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).
"Kehadiran Kucing Merah itu membuktikan kepentingan Taman Negara Pulong Tau sebagai kawasan yang menjadi habitat spesies terancam dan jarang ditemui.
"Kali terakhir imej Kucing Merah berjaya dirakam ialah pada 2003 oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau melalui satu penyelidikan bersama yang dipelopori Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 2003," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Memperincikan mengenai spesies Kucing Merah itu, Pang Kiong berkata, haiwan berkenaan berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Katanya, ia juga tersenarai dalam Apendiks II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES) sekali gus merupakan spesies dilindungi di Sarawak.
"Saiz Kucing Merah yang matang biasanya menyamai kucing domestik yang besar, cuma ekornya amat panjang.
"Badannya mempunyai dua adunan warna iaitu merah lebih banyak berbanding kelabu," katanya.utusan
Pewarna teh tiruan rosakkan hati
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Bahan pewarna sintetik atau tiruan yang digunakan dalam pembuatan teh timbang boleh mendatangkan komplikasi buruk kepada organ hati sekiranya pengambilannya diamalkan.
Pakar pemakanan, Heng Kiang Soon berkata, penggunaan pewarna tiruan hanya untuk menjadikan sesuatu makanan lebih menarik, tetapi membahayakan penggunanya.
‘‘Masyarakat seharusnya mengelak daripada membeli makanan yang menggunakan pewarna tiruan seperti teh timbang kerana kesannya amat buruk kepada hati manusia.
‘‘Bahan tersebut bukan hanya digunakan untuk membuat teh timbang malah penggunaannya melibatkan banyak produk lain contohnya minuman dan makanan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di Kelantan yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata semalam, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna tiruan (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
Kiang Soon menambah, fungsi organ hati akan terjejas jika terus dibebankan dengan bahan-bahan tiruan tersebut.
Katanya, ibu bapa perlu sedar kesan buruk yang bakal dialami dengan pengambilan pewarna tersebut berlebihan khususnya kepada anak-anak kecil.
‘‘Selain teh timbang, makanan ringan kanak-kanak juga menggunakan bahan pewarna tiruan yang agak tinggi supaya produk tersebut lebih menarik untuk dimakan,” katanya.

Sut John Lennon dijual pada harga AS$46,000
Utusan Malaysia Online - Terkini: "
04/01/2011 3:04am
STAMFORD 4 Jan. - Dua pasang sut putih John Lennon yang dipakai untuk kulit album The Beatles “Abbey Road” telah dijual dalam satu majlis lelongan di Connecticut pada AS$46,000 (RM141,036).
Sut tersebut dan beberapa lagi barangan kumpulan tersebut dijual Sabtu lalu di galeri Branswell dalam satu majlis lelongan yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baru. - Agensi"

Malaysia juara 'dadah'
Gambar-gambar berkaitan dengan dadah sepanjang tahun 2010
Musa Hassan beramah mesra bersama penduduk sekitar Damansara dan Petaling Jaya selepas mengadakan sesi dialog di Petaling Jaya, semalam. |
Muhammad Sabtu Osman menunjukkan sebahagian kelengkapan memproses dadah yang dirampas hasil maklumat yang diperoleh daripada Benjy semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam. |
Nordin Kadir (dua dari kiri) menunjukkan batang besi bagasi yang berisi dadah jenis syabu. |
MD. Hassim Pardi (tengah) menunjukkan syabu yang disorokkan di bahagian tepi beg pakaian di Ibu Pejabat KDRM Narkotik di Kampung Jijan, Nilai, semalam. - utusan/Abd Razak Aid |
Tun Hisan Tun Hamzah (dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar mengenai pembongkaran makmal haram memproses dadah jenis syabu di Ibu pejabat Kontinjen Polis (IPK), Pulau Pinang, semalam. - Bernama |
ABDUL Razak Md. Zin (tengah) bersama pegawainya menunjukkan batang paip PVC mengandungi dadah jenis ketamin yang berjaya dirampas dalam serbuan di Puchong, Selangor, kelmarin.. |
SEBAHAGIAN daripada 55 nelayan yang ditahan dalam operasi polis dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Alor Setar semalam sebelum 30 orang didapati positif dadah. |
Azean Irdawaty mengatakan sesuatu kepada peguam, Amir Hamzah (kiri) sambil di perhatikan suaminya, Khairil Anuar (kanan) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. |
Irfan Putih dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja seberat 889 gram oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. |
SEBAHAGIAN dadah dan bahan memprosesnya ditunjukkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam. – bernama |
SEBAHAGIAN remaja yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah resort di Port Dickson, awal pagi semalam.( positif dadah) |
AYUB (dua dari kanan) melihat sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Pulau Pinang semalam. |
BAHAROM (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Kubang Pasu, semalam. |
Shafien Mamat (tengah) menunjukkan sebahagian daripada dadah jenis heroin yang dirampas daripada dua lelaki semasa sidang akhbar di Nibong Tebal, semalam. |
SEORANG anggota polis menunjukkan beberapa pokok ganja yang ditemui diletakkan di dalam sebuah almari di rumah seorang wanita di Blackburn, Britain. |
Zulkifili Abu Bakar (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian daripada 240 kilogram bungkusan ganja yang bernilai hampir RM600.000 di Kuala Perlis awal pagi semalam. Rampasan tersebut merupakan rampasan dadah terbesar oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) tahun ini. |
Kok Liang (kiri) menunjukkan air ketum yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Hilir Perak semalam. |
ROSLAN menunjukkan barang yang dirampas daripada Raja Pot yang ditahan di Kampung Geluguh, Binjai Rendah, Marang baru-baru ini.( pengedar dadah) |
Shakaruddin Che Mood (kanan) menunjukkan sebahagian daripada rampasan dadah bernilai RM6 juta di Kajang, semalam. |
ABDUL JALIL menunjukkan sebahagian gelung benang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam. |
ANGGOTA penguat kuasa AADK Kuantan (kanan) menyoal beberapa orang penagih dadah yang ditahan di HTAA, Kuantan semalam. |
SEORANG pegawai polis menunjukkan coli yang digunakan oleh seorang wanita untuk menyembunyikan dadah di Segamat semalam. |
PEGAWAI Perhilitan menunjukkan kura-kura yang cuba diseludup pada sidang akhbar di Cheras semalam. |
Kang Chez Chiang (dua dari kanan) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas daripada lima orang suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam. |
Nordin (depan) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang baru-baru ini. |
MOKHTAR menunjukkan sejumlah dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, Johor Bahru semalam. |
SAIFUL Apek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam. |
Mohd. Shakaruddin Che Mood bersama pegawainya menunjukkan hasil rampasan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Kajang, semalam. |
IDRIS cuba menendang jurugambar selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.( kesalahan memiliki dadah) |
Nor Azam Jamaluddin menunjukkan peket dadah yang diisi dalam kotak minuman dan dibungkus dengan kertas surat khabar yang dirampas sewaktu serbuan di Shah Alam. |
Mohd. Shakaruddin Che Mood menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Hulu Langat semalam. |
SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permas Jaya, Johor yang ditahan kerana positif dadah semalam. |
ABDULLAH Saofi (kanan) dijatuhi hukuman gantung sampai mati sementara isterinya, Yanidah Maerohkachi (kiri) dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, semalam. |
ABD. RAZAK (kanan) memeriksa kereta Rolls Rocye yang disewa khas sebuah syarikat hartanah dipercayai untuk menipu pelabur-pelabur asing di Bandar Puteri, Puchong semalam.( pemandu positif dadah) |
MOHD. NO0R melangkah pulang setelah dibebaskan dari Puspen, Besut semalam. |
TIGA warga Acheh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Alor Setar, semalam. |
LIMA daripada 10 lelaki yang ditahan di sebuah apartmen di Port Dickson semalam.( disyaki mengambil dadah) |
ANG Eng Thye (tiga dari kanan), Gan Thean Lim (dua dari kiri) dan Gan Thiam Boon yang dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. |
PENOLONG Pengarah Kastam 1, Datin Norashikin Ahmad (kiri) menunjukkan syabu yang dirampas KDRM pada sidang media di Kota Bharu, semalam. |
Yassin |
Sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid di Subang Jaya dipercayai tempat Yassin ditahan semalam.(mengambil dadah) |
DARI kiri, Mohd. Aiman, Mohd. Razman, Mohd. Hamidi dan seorang rakan yang merupakan pesalah juvana dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.( kesalahan memiliki dadah) |
MUHAMMAD Sabtu Osman (kanan) menunjukkan sebahagian peralatan membuat syabu yang dirampas pihak polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, semalam. |
SHAKARUDDIN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah dan peralatan yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Kajang semalam. |
Dua dari tiga gadis bawah umur dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dadah jenis ganja, ketamin dan syabu di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam. |
AFANDI dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar syabu |
JENAZAH Wan Khairul Azizi Wan Ali dibawa ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, semalam. |
ZUL HASNAN (kanan) melihat pil Eramin 5 yang disorokkan di dalam patung pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, semalam. |
Chee Keong duduk didepan beg berisi syabu selepas ditahan polis Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Filipina, semalam. - AFP |
ZUL Hasnan Najib Baharuddin (kanan) memerhatikan bungkusan pil Eramin 5 yang dirampas polis ketika mengadakan sidang akhbar di Ipoh, semalam. |
SEORANG pengawal keselamatan mengawal laluan keluar masuk di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas seorang OKT melarikan diri semalam.( kes dadah ) |
MAT FAUZI menunjukkan bungkusan dadah jenis ganja dan heroin yang dirampas daripada dua lelaki di Bagan Serai semalam. |
PERJALANAN sebuah feri dari Port Dickson ke Dumai tergendala selama tiga jam setelah polis menyerbu feri berkenaan di Jeti Penumpang Port Dickson semalam.( kapten ditahan kerana positif dadah) |
MARIAPPA (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam bas ekspres di tol Sungai Dua sambil diperhatikan Ayub (tiga dari kanan) pada sidang akhbar di IPK, George Town semalam. |
Abd. Razak Md. Zin menunjukkan bahagian dalam bagasi yang dipercayai tempat menyembunyikan syabu di Shah Alam, semalam |
ZAKARIA dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah. |
Sebahagian daripada 101 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Pinang, Pulau Pinang yang dibawa ke IPDTL untuk menjalani ujian air kencing kelmarin. |
ISMAIL Ibrahim (tengah) menunjukkan dadah disimpan dalam sebuah komputer riba yang dipercayai untuk dihantar kepada pelanggan pada sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. |
DUA sahabat, Rizal Sham Ahmad dan Md. Fitri Md. Saad (berbaju putih) dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, semalam.( kerana mengedar dadah ) |
YONG TOE (kiri) diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan selepas didakwa atas tuduhan mengedar 753 kilogram syabu semalam. |
LAKARAN peta menunjukkan lokasi sebuah lori ais (kiri) yang membawa 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Chenderawasih (kanan), Rompin pada 2 Mei tahun lalu. |
Kang Chez Chiang (tengah) memegang salah satu peralatan dan bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah jenis methamphetamine sambil diperhatikan, Pegawai Penyiasat, ASP Zainal Abidin Saad, dan ASP Chandra Segaran (kanan) pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam. |
CHARLENE dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam atas tuduhan membawa dadah. |
Jamal Nasir Musa tersenyum disamping ibunya setelah dibebaskan atas tuduhan mengedar 222 gram kanabis di Alor Setar, semalam |
NUR FARLIHIN kini dipercayai berada di Bangkok selepas hilang sejak Februari lalu.( dipaksa jadi keldai dadah ) |
Mohd. Shukri Dahlan (dua dari kiri) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas di Kuala Terengganu, semalam. |
Mohd. Mokhtar Mohd Shariff (tiga dari kanan) menunjukkan dua pucuk pistol yang dirampas daripada dua penjenayah di IPK Johor Bahru, semalam.( pelbagai jenayah termasuk dadah ) |
Ahmad Sofi Zakaria (kiri) menunjukkan rampasan dadah jenis ketamin dan syabu pada sidang akhbar di Kota Kinabalu, semalam. |
TUN HISAN (kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah jenis heroin bernilai RM1 juta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang semalam. |
OTHMAN (kiri), sambil diperhatikan Osman dan Ravichandran menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di Oakland, Seremban, semalam. |
Anggota polis memeriksa bahan-bahan yang digunakan untuk memproses eramin 5 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Oakland 2, Seremban 2 kelmarin. |
NORDIN menunjukkan syabu yang dirampas di KLIA di IPK Selangor, semalam. |
Abd. Rahim Dolmat (dua dari kanan) menunjukkan bagaimana dadah jenis syabu disorok dalam bingkai gambar oleh seorang gadis Georgia yang ditahan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, semalam. |
ANGGOTA AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin. |
SEORANG pegawai polis memeriksa sebuah kereta Audi yang dirampas daripada seorang lelaki di Petaling Jaya semalam. ( kereta curi pengedar dadah ) |
Sebahagian daripada remaja yang ditahan ketika berhibur di sebuah bilik hotel di Port Dickson dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.( positif dadah ) |
PENYANYI, Wan Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda sebanyak RM4,000 atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan tetapi perlaksanaan hukuman itu ditangguhkan di Mahkamah Jalan Duta.Foto: Luqman Hakim Zubir (01/11/10) |
THAIVEEGAN (tengah) menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas daripada lima suspek kes pecah rumah di Balai Polis Seri Kembangan semalam.(penagih pecah rumah) |
Maesoh Sulong dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dihukum penjara lapan tahun kerana memiliki heroin 8.98 gram di Kota Bharu, semalam. |
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisiner Nordin Kadir (kiri) menunjukkan bungkusan syabu yang disembunyikan tepi kotak beku sejuk bercampur ikan masin yang dirampas daripada seorang wanita warganegara Togo di KLIA pada Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor di sini, hari ini. Foto: Roslin Mat Tahir (09/10/2010) |
SEBAHAGIAN daripada pesalah yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu dibawa ke pekarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Besut semalam. |
Roslan Abd. Wahid (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin dan pil kuda yang berjaya dirampas di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/ Fauzi Baharudin |
FAUZI (kiri) dan Hamizu menunjukkan reaksi berbeza selepas didapati bersalah mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam. |
TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim yang ditangkap kerana mengedar 3 kilogram heroin. |
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir(tengah)menunjukkan dadah jenis syabu yang disorok dalam silinder yang dibawa seorang wanita warganegara Zimbabwe yang berjaya di rampas dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.Pada sidang media di IPK Selangor (19/11/10) |
ROUHOLLAH AHMADZADEH (tengah) diiringi keluar daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dihukum gantung atas tuduhan menyeludup syabu semalam. |
Seorang anggota polis dari Unit Forensik memeriksa sebahagian dadah serta pelbagai bahan membuat dadah di Lorong Lima, Air Itam, Pulau Pinang, semalam. |
Che Man Md. Dros (tengah) bersama anggotanya menunjukkan bungkusan daun ketum yang dirampas dalam sebuah pikap di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, semalam. |
YAHYA menunjukkan 12 ketul plastik lutsinar berisi ganja seberat 12.5 kilogram yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, semalam. |
AMAR Singh Ishar Singh (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPKL, Kuala Lumpur, semalam. |
AZIZAN dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati semalam kerana mengedar dadah. |
ABDUL SHUKOR (kiri) ceria di samping salah seorang ahli keluarganya selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar ganja di Ipoh semalam. |
Goh Kok Liang (tengah) dan Ahmad Saifulbahri Abd. Rahman (kanan) menunjukkan daun ketum yang dirampas di rumah sepasang suami isteri di Teluk Intan, semalam. |
MATRANG (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan plastik dipercayai mengandungi syabu yang disembunyikan di dalam salah satu bagasi di George Town semalam. |
USUNG... anggota polis mengangkat mayat lelaki penagih dadah yang ditemui di kawasan ladang getah, kelmarin. |
ISHAK (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM1.4 juta yang dirampas daripada seorang wanita Indonesia di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam semalam. |
ANAK panah menunjukkan tempat seorang lelaki pengedar dadah terjatuh lalu mati ketika cuba memanjat balkoni di flat Taman Bunga Negara, Shah Alam kelmarin. |
ABD. RAZAK (dua dari kiri) menunjukkan heroin yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Serdang semalam. |
MOHAMAD NASIR (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Muar semalam. |
ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang dinaiki seorang pengedar dadah selepas dia ditembak di leher dalam kejadian di Kepong semalam. |
Warga Pakistan, Faizal Shah (kiri) selepas dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam kerana mengedar dadah. |
Sepasang suami isteri dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, dua tahun lalu . |