Pages

Tuesday, January 4, 2011

Duit kertas 100 trilion

SH: "

HARARE - Wang kertas lama Zimbabwe dengan nilai m:uka 100 trilion menjadi rebutan pelancong di negara itu untuk dijadikan sebagai cenderamata ekonomi.

Wang 100 trilion dolar Zimbabwe - dengan 12 angka kosong - adalah nilai tertinggi yang dikeluarkan bank negara itu dan kini dijual pada harga AS$5 (RM15) sekeping.

Wang itu, beserta wang kertas lain dengan nilai sehingga jutaan, bilion dan trilion tidak digunapakai lagi sejak dua tahun lalu apabila matawang Amerika Syarikat mula digunakan di negara itu bagi memadamkan rekod inflasi Zimbabwe yang terlampau tinggi.

Semasa kemuncak kegawatan ekonomi di negara Afrika itu pada 2008, di mana inflasi meningkat sehingga bilion peratus dan harga barang naik pada setiap jam, 100 trilion hanya mampu membeli beberapa barangan runcit.

Pelajar sekolah di Zimbabwe juga tidak dapat memahami penggunaan sebenar nombor dan angka akibat penggunaan wang kertas bernilai jutaan dan bilion dolar di negara itu.

Dalam satu lawatan sambil belajar, murid-murid tidak kagum apabila diberitahu batu granit di negara itu berusia 700 juta tahun kerana pada masa itu, 700 juta dolar Zimbabwe hanya boleh membeli sebuku roti."

No comments:

Post a Comment