Pages

Tuesday, December 13, 2011

Yusril sindir Presiden Susilo

myMetro | Yusril sindir Presiden Susilo:

JAKARTA: Menteri Kehakiman, Yusril Ihza Mahendra menyindir Presiden Susilo Bambang Yudhono secara terbuka semalam, terutama mengenai laporan kekayaan Presiden itu.

Menurut Yusril, laporan zakat oleh Presiden Susilo hanya Rp 24 juta (RM8,368) Jumlah bayaran itu menunjukkan Presiden Indonesia itu tidak cukup kaya untuk seorang Presiden.


“Seorang sahabat pernah memberi tahu saya, SBY (Susilo) dilaporkan mempunyai kekayaan setakat Rp 9 bilion (RM3.14 juta),” katanya ketika ditemui di Pangkal Pinang, Wilayah Kepulauan Bangka Belitung.

Katanya lagi, perkara itu bercanggah dengan laporan kos pernikahan anak lelaki Susilo, Edhie Baskoro Yudhoyono dengan anak perempuan Menteri Ekonomi Hatta Rajasa, Aliya yang mencapai Rp 12 bilion (RM4 juta).


Sekiranya Susilo dan Hatta masing-masing menanggung kos perkahwinan anak mereka, iaitu masing-masing Rp 6 bilion (RM2 juta), jadi harta kekayaan Susilo hanya tinggal Rp 3 bilion (RM1 juta).


“Jumlah itu sangat sedikit untuk seorang Presiden negara,” katanya

No comments:

Post a Comment