Pages

Tuesday, December 20, 2011

Yaman perlu bantuan RM1.35b

 DUBAI 19 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini merayu bantuan kemanusiaan hampir RM1.35 bilion ($450 juta) bagi menghadapi konflik meruncing di Yemen yang diibaratkan bakal menjadi sebuah lagi 'Somalia'.

Menurut agensi PBB dan beberapa kumpulan bantuan pada persidangan yang berlangsung di sini, Yemen memerlukan bantuan besar selama tiga hingga lima tahun melibatkan bekalan makanan, perubatan, sanitasi dan air bersih.

"Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Yemen 2012 memerlukan RM1.35 bilion. Ia meningkat sebanyak 95 peratus berbanding tahun lalu. Dana itu bertujuan membantu sekitar 4 juta penduduk yang berpotensi terjejas akibat konflik," kata mereka.

Hampir setahun protes terhadap Presiden Ali Abdullah Salleh berlangsung menyebabkan ekonomi Yemen lumpuh, menyukarkan hidup kebanyakan rakyat yang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan bahan bakar, makanan, air dan bekalan elektrik.

"Jika kita tidak bertindak sekarang, Yemen akan menjadi sebuah lagi Somalia dari perspektif kemanusiaan," kata wakil Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) di Yemen, Geert Cappelaere.

Menurutnya, lebih 30 peratus kanak-kanak Yemen mengalami kekurangan nutrisi yang teruk.

Secara umum katanya, apabila 15 peratus kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mengalami kekurangan nutrisi teruk, keadaan itu digelar darurat nutrisi. - REUTERS
-utusan

No comments:

Post a Comment