Pages

Thursday, December 1, 2011

Wajah dimusnah doktor palsu

MIAMI: Mangsa seorang doktor palsu, Oneal Ron Morris tampil untuk menunjukkan keadaan buruk wajahnya selepas disuntik dengan campuran toksik terdiri daripada simen dan penampal tayar.

Rajee Narinesingh, 48, dari bandar raya ini berkata, wajahnya dirosakkan Morris, 30, yang baru dibebaskan dari tahanan selepas dia dituduh melakukan suntikan yang boleh membawa maut itu ke atas seorang lagi mangsa. Rajee yang seperti Morris dilahirkan sebagai lelaki tetapi hidup sebagai wanita berkata, dia mengalami benjolan di pipi, dagu yang tiada bentuk dan bibir atas yang tebal selepas mendapat rawatan kecantikan secara haram itu. Rajee mengakui pada awalnya dia berjumpa Morris kerana dia tiada wang untuk mendapatkan rawatan pakar bedah plastik berlesen. Menurutnya, dia mengetahui mengenai Morris melalui mulut ke mulut dalam komuniti pondan.


Rajee memberitahu stesen televisyen CBS4 di Miami: “Ia menjadi terdesak untuk menyesuaikan penampilan luaran dengan dalaman anda, jadi anda sanggup mengambil risiko.” “Sebagai seorang individu pondan, anda akan berfikir, ‘Oh Tuhan, saya boleh memperoleh wajah yang diidamkan dan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuknya.” Rajee sudah melakukan beberapa pembedahan plastik untuk memperbaiki wajahnya dan masih perlu menjalaninya lagi.

“Saya akhirnya terpaksa juga melakukan pembedahan plastik,” katanya. Morris yang dibebaskan daripada tahanan lewat malam tadi selepas membayar ikat jamin AS$15,000 (RM48,000) enggan memberi sebarang ulasan ketika dia meninggalkan Penjara Miami Dade.


Dia berkata, dia hanya akan menjawab soalan wartawan jika peguamnya ada bersama. Peguam mendakwa Morris tidak bersalah. Morris ditahan awal bulan ini kerana mempraktikkan rawatan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan parah selepas seorang pesakit mengadu dia menyuntik simen dan bahan kimia bergelar Fix-a-Flat yang digunakan untuk menampal tayar ke belakang badannya.

myMetro | Wajah dimusnah doktor palsu:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment