Pages

Thursday, December 1, 2011

Turki putuskan hubungan dagang dengan Syria

BEIRUT/ANKARA: Turki semalam memutuskan semua urusan kredit kewangan dengan Syria dan membeku aset kerajaannya.

Tindakan itu adalah selari dengan keputusan Liga Arab untuk memencilkan Presiden Bashar al-Assad berhubung tindakan kerasnya terhadap penentangnya.


Turki ialah rakan perdagangan terbesar Syria.

Dalam pada itu, Dubai berkata, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan berhenti terbang ke Syria.


Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu memberitahu sidang akhbar di Ankara, negaranya juga akan menyekat penghantaran semua senjata dan bekalan ke Syria.


Hubungan dengan bank pusat Syria digantung sementara persetujuan kerjasama dihentikan sehingga kerajaan baru dibentuk.

“Sehingga sebuah kerajaan yang sah, yang tidak bermusuhan dengan rakyatnya berkuasa, mekanisma Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi akan digantung,” katanya.


Liga Arab Ahad lalu meluluskan sekatan terhadap Syria, termasuk menghentikan urusan perniagaan serta membekukan aset kerajaan Syria di negara rantau itu. - Reuters

myMetro | Turki putuskan hubungan dagang dengan Syria:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment