Pages

Saturday, December 3, 2011

Trend chef ada tatu di AS



TANGAN kiri chef Hugh Acheson yang bertatu.


NEW YORK - Beberapa chef di Amerika Syarikat (AS) kini mempunyai tatu pada tangan mereka yang kini menjadi trend standard dalam kalangan pekerja dapur profesional.

Seorang chef, Marc Forgione mempunyai empat tatu pada tubuhnya.

Tatu seni Najavo pada tubuhnya itu merupakan ilham buatnya untuk membuka sebuah restoran di sini.

"Ia (tatu itu) mempunyai kisah yang tersendiri," katanya yang berusia 32 tahun.

Seorang lagi chef, Hugh Acheson mempunyai empat tatu termasuk nama isteri dan anak-anaknya selain satu tatu tuhan kaum Mayan yang diperolehnya di Semenanjung Yucatan, Mexico semasa dia berusia 16 tahun.

Menurut seorang chef perempuan yang mempunyai tatu di Chicago, Stephanie Izard, memasak merupakan satu seni dan tatu adalah salah satu bentuk kesenian. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment