Pages

Tuesday, December 13, 2011

Sumatera, Kalimantan diancam banjir

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


JAKARTA 12 Dis. - Sumatera dan Kalimantan, wilayah yang kaya dengan sumber komoditi di Indonesia, adalah antara kawasan yang berisiko tinggi dilanda banjir pada bulan ini.

Menurut agensi kaji cuaca negara, musim hujan di negara ini dijangka berada pada tahap kemuncaknya pada Disember dan Januari ini.

Musim hujan boleh memberi kesan kepada sektor pertanian dan galian Indonesia dan pada tahun lalu ia telah menjejaskan pengeluaran pertanian seperti kopi serta menenggelamkan lombong arang batu.

"Beberapa bahagian di Indonesia mula dilanda hujan pada November lalu tetapi kebanyakan wilayah Indonesia menerima taburan hujan yang normal.

"Di kawasan tepi pantai, terdapat potensi tinggi banjir berlaku apabila air laut memasuki kawasan pantai.

'Terdapat 21 wilayah berpotensi dilanda banjir dengan 16 daripadanya mempunyai potensi yang tinggi," kata ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.

Kebanyakan pengeluar minyak sawit dalam tempoh beberapa minggu lalu berkata, walaupun musim hujan telah tiba, banjir masih tidak berlaku dan menyifatkan musim hujan kali ini tidak seperti tahun lalu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment