Pages

Monday, December 5, 2011

Sos DNA babi diletak sebaris produk halal

PRODUK jenama Tabasco dan HP Souce diletak sebaris dengan barangan halal di sebuah pusat beli-belah  di Kelantan.
PRODUK jenama Tabasco dan HP Souce diletak sebaris dengan barangan halal di sebuah pusat beli-belah di Kelantan.
Pengguna mahu pemantauan elak umat Islam keliru, tertipu

KOTA BHARU: Meskipun disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa sos jenama HP Souce dan Tabasco mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi, namun masih ada peniaga tetap menjual dan meletakkan produk itu sebaris dengan produk sos halal yang lain.
Tinjauan Berita Harian di beberapa pasar raya di bandar ini mendapati sos jenama HP Souce dan Tabasco itu diletakkan secara terbuka di rak bersama produk halal lain dipercayai untuk mengaburi masyarakat.
Suri rumah, Muji Hassan, 56, yang mengakui dia sendiri tidak menyedari produk itu disahkan mengandungi DNA babi berharap pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan hanya produk halal dijual sebaris dengan barangan halal, bukan sebaliknya.

Mengakui dia sendiri pernah menggunakan sos jenama itu untuk membuat pizza, Muji berkata, JAKIM dan pihak berkuasa termasuk peniaga perlu bertanggungjawab bagi memastikan masyarakat didedahkan dengan maklumat seperti itu.

“Sepatutnya pihak bertanggungjawab perlu sentiasa memantau produk yang diharamkan di pasaran, ini kerana tak semua orang tahu mengenainya apatah lagi orang seperti mak cik yang tak tahu menggunakan internet dan jarang sekali membaca surat khabar,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini akhbar melaporkan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk itu.
Peniaga, Nik Amindin Nik Salleh, 36, kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang tidak peka dan sengaja meletakkan produk berkenaan sebaris dengan jenama halal di negeri ini.

Berikutan itu, dia mencadangkan supaya pasar raya mempamerkan senarai barangan yang disahkan mengandungi DNA babi dan produk diharamkan untuk umat Islam, sekali gus mengelak daripada membelinya.

“Bagi yang tak tahu, mereka mesti akan terus membelinya tanpa berfikir panjang kerana ia diletakkan sebaris bersama dengan sos lain yang halal.

“Saya juga mencadangkan supaya dibuat satu papan tanda khas di pasar raya berhubung dengan pengharaman sesuatu produk oleh JAKIM, cara ini tentunya membantu umat Islam mengetahuinya dengan jelas. Apa guna diharamkan tapi ramai yang tak tahu dan pemantauan pula kurang,” katanya.
Berita Harian Online | Sos DNA babi diletak sebaris produk halal:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment