Pages

Thursday, December 29, 2011

Serangan seksual tentera AS naik


WASHINGTON 28 Dis. - Kes serangan seksual yang dilaporkan di akademi tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat secara mendadak tahun ini, masuk tahun kedua berturut-turut, lapor Pentagon semalam.

Laporan Pentagon menunjukkan sejumlah 65 kes dilaporkan di tiga akademi tentera AS pada 2010 hingga 2011 berbanding 41 kes pada tahun sebelumnya.

Peningkatan itu berlaku ketika akademi Tentera Darat, Laut dan Udara berusaha keras untuk menghalang berlakunya kes berkenaan serta meningkatkan tahap kesedaran mengenai masalah tersebut.

Pentagon berkata, pihaknya tidak pasti punca sebenar peningkatan kes serangan seksual itu dan ia mungkin disebabkan usaha yang dijalankan oleh pihak akademi, baru-baru ini yang membolehkan mangsa tampil untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Jabatan Pentagon tidak mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti punca peningkatan dalam kes ini.

"Namun, berdasarkan penilaian dalam beberapa tahun kebelakang ini, Pentagon mendapati usaha yang dilaksanakan pihak akademi menggalakkan lebih ramai mangsa memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes terbabit," katanya.

Sebanyak 41 kes serangan seksual di akademi tentera dilaporkan pada 2009 hingga 2010 dengan peningkatan sebanyak 64 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Laporan semalam juga menunjukkan ketiga-tiga akademi tentera AS mematuhi peraturan Jabatan Pertahanan untuk menghalang berlakunya kes serangan seksual serta memerlukan program-program pembaharuan bagi menangani masalah itu.

Malah polisi baru turut diumumkan untuk membolehkan kadet yang memfailkan laporan serangan seksual dapat dipindahkan dengan segera. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment