Pages

Saturday, December 17, 2011

Russia kecam keganasan kerajaan Syria, penentang

myMetro | Russia kecam keganasan kerajaan Syria, penentang: "PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Russia semalam mengejutkan kuasa Barat apabila ia mengemukakan ketetapan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai krisis di Syria.

Ketetapan itu mengecam keganasan yang dilakukan kerajaan Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan penentang tetapi tidak mencadangkan sebarang sekatan.


Amerika Syarikat dan Eropah mengalu-alukan langkah Russia itu tetapi berkata, ia tidak cukup keras terhadap pihak berkuasa Syria.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton membayangkan, Barat akan cuba bekerjasama dengan Russia dalam usaha meluluskan ketetapan pertama Majlis Keselamatan berhubung keganasan di Syria yang menurut PBB sudah meragut lebih 5,000 nyawa. - AFP"

No comments:

Post a Comment