Pages

Thursday, December 8, 2011

Russia berkecuali berhubung sekatan minyak Iran

myMetro | Russia berkecuali berhubung sekatan minyak Iran:

DOHA: Russia akan kekal ‘seberkecuali mungkin’ mengenai kemungkinan sekatan Eropah terhadap minyak Iran.

Menteri Tenaganya, Sergei Schmatko juga memberi amaran mengenai tindakan mempolitikkan sektor tenaga.


“Kita perlu mengelak daripada mempolitikkan keputusan yang berkait dengan sektor tenaga” katanya kepada wartawan yang membuat liputan Kongres Petroleum Sedunia di Doha, Qatar.

“Agak jelas keputusan ini berdasarkan faktor politik,” katanya lagi, merujuk kepada kemungkinan sekatan yang dirancang Kesatuan Eropah.


Menurutnya, Russia, pengeluar utama minyak, tidak perlu menyertai sekatan itu kerana ia tidak mengimport minyak dari Iran.


Mengenai kebimbangan dunia berhubung program nuklear Iran, Schmatko berkata, Russia memilih untuk menangani isu itu di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,.

Kesatuan Eropah minggu lalu meningkatkan tekanan terhadap Teheran berhubung program nuklearnya dengan mengancam mengadakan sekatan terhadap sektor minyak dan kewangan negara itu. - AP

No comments:

Post a Comment