Pages

Monday, December 26, 2011

Rakyat Rusia tolak Putin?

Rakyat Rusia tolak Putin?
MOSCOW - Puluhan ribu penunjuk perasaan di Rusia mengadakan demonstrasi menuntut pilihan raya umum negara itu dibuat semula, kelmarin.

Laporan media Barat menyebut, penunjuk perasaan turut menuntut Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berundur daripada tampuk pemerintahan negara, sekali gus meningkatkan lagi tekanan kepada pemimpin itu yang ingin bertanding semula jawatan Presiden, Mac depan.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Putin semasa protes besar-besaran secara aman anjuran parti pembangkang Rusia, iaitu antara terbesar pernah dibuat di ibu negara Moscow dalam tempoh beberapa dekad.

Pembangkang dan penunjuk perasaan mendakwa keputusan pilihan raya umum negara itu, 4 Disember lalu, yang berpihak kepada parti pemerintah, Parti Rusia Bersatu dicemari penipuan.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 28,000 orang menyertai protes itu, kelmarin, tetapi pihak penganjur mendakwa jumlahnya mencecah 120,000 orang.

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev yang akan memberi laluan kepada Putin untuk kembali menjadi Presiden, sebelum ini menjanjikan akan melakukan perubahan dalam pilihan raya negara.

Putin menjadi Presiden Rusia pada 2000 hingga 2008 sebelum beliau melantik anak didiknya, Medvedev ke jawatan Presiden kerana perlembagaan negara itu membenarkan seorang Presiden berkhidmat untuk dua penggal berturut-turut sahaja. Rakyat Rusia tolak Putin? - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment