Pages

Tuesday, December 13, 2011

Peon miliki harta berjuta

myMetro | Peon miliki harta berjuta:

SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra.
SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra.

NEW DELHI: Seorang pekerja sebuah majlis kerajaan tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak.

Narendra Deshmukh, 53, bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu. Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia jutawan yang memiliki empayar perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata. Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.


Bagaimanapun, polis yang menyerbu rumahnya menemui bukti dia memiliki hartanah bernilai lebih RM2.5 juta, rangkaian perniagaan, termasuk sebuah ladang, kedai menjual daging dan perniagaan memproses ayam bernilai kira-kira RM1 juta.

Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.


Ketika polis tiba di rumah Narendra di Goverdhan Dham, mereka melihat anggota keluarganya cuba membuang barangan kemas dan wang tunai dengan mencampakkannya ke laman jiran.


Detektif percaya, sepanjang menjadi peon, Narendra bersubahat dengan pegawai kanan yang mereka syaki terbabit dalam kegiatan rasuah lebih besar.

Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.


Bagaimanapun, polis terkejut dengan kekayaan melampau Narendra.

Timbalan Superintendan Polis Madya Pradesh, OP Sagoria berkata: “Sejumlah besar hartanya sudah dinilai. Peti simpanan banknya juga akan diperiksa. Kami juga akan menghantar pegawai ke Mumbai, Jalgaon dan Gurgaon untuk menyiasat secara terperinci kekayaannya.” - Agensi

No comments:

Post a Comment