Tarikh : December 1, 2011
OSLO - Pembunuh Norway, Anders Behring Breivik mungkin terlepas hukuman penjara dan ditempatkan di pusat rawatan jiwa selepas pakar psikiatri dilantik mahkamah menyimpulkan bahawa tertuduh tidak siuman semasa melancarkan serangan ganas, empat bulan lalu, menurut pendakwa raya, kelmarin.
Breivik membunuh 77 orang dalam serangan ganas terburuk di Norway sejak Perang Dunia Kedua, 22 Julai lalu, dengan meletupkan bom di bangunan kerajaan di ibu negara Oslo sebelum menembak mati puluhan belia di kem musim panas parti pemerintah di Pulau Utoya.
Menurut laporan psikiatri, Breivik, 32, yang mengaku dirinya pengganas antipendatang dan anti-Islam percaya dia melakukan pembunuhan itu kerana sayangkan rakyat Norway yang sama bangsa dengannya.
Norway, negara dengan 4.9 juta penduduk lebih menekankan pemulihan penjenayah dan tidak mempunyai hukuman mati. Hukuman penjara maksimum di negara itu hanya 21 tahun.
Jika mahkamah menerima laporan pakar psikiatri tersebut, Breivik mungkin akan ditempatkan di pusat rawatan mental tanpa tempoh tertentu.
'via Blog this'
Bodoh macam tenuk punya undang2 kulit putih ( negara2 Barat)!
ReplyDeleteKalau orang kulit putih bunuh orang berpuluh2 orang pun diorang kata tak siuman jadi tak patut dihukum, tetapi bila ada orang2 Islam bunuh seorang kulit putih saja diorang tuduh Islam pengganas.....Betul2 bangang punya mat salleh!
Sebab itu diorang suka2 saja bunuh / rompak dan rogol, sebab mereka dilindungi oleh undang2 barbarian.