Pages

Wednesday, December 28, 2011

Pakistan nafi pecat ketua tentera



Kiri Yusuf Raza Gilani, Ashfaq Kayani


ISLAMABAD 27 Dis. - Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani semalam menafikan laporan media tempatan yang mendakwa beliau merancang untuk memecat ketua pasukan tentera yang berpengaruh dan ketua pengarah agensi risikan.

Desas-desus tentang pemecatan ketua tentera, Jeneral Ashfaq Kayani dan Ketua Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha itu merupakan spekulasi paling baru dalam perselisihan antara ahli politik dan tentera.

“Laporan memecat ketua tentera dan ketua pengarah agensi risikan itu hanyalah satu spekulasi yang direka. Tindakan menyebarkan laporan seperti itu tidak patut dibuat.

“Jika saya tidak suka dengan mereka, sudah tentu saya tidak akan melanjutkan tempoh khidmat mereka. Kenyataannya, saya senang dengan kerja yang mereka lakukan,” katanya kepada pemberita yang disiarkan di televisyen.

Gilani berkata, Kayani menyokong demokrasi dan beliau tidak membuat keputusan untuk memecatnya memandangkan negara sedang berperang.

Kerajaan pada tahun lalu melanjutkan tempoh perkhidmatan Kayani sehingga 2013, sementara khidmat Pasha turut dilanjutkan sehingga Mac 2012.

Spekulasi tentang perselisihan antara kerajaan dan tentera bermula dengan penemuan satu memo yang didakwa daripada pihak kerajaan yang meminta bantuan Washington untuk mengekang kuasa tentera selepas tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh Osama bin Laden di Pakistan, Mei lalu.

Duta Pakistan ke AS sebelum ini, Husain Haqqani dituduh menulis memo tersebut bagi pihak kerajaan, bagaimanapun beliau menafikan perkara tersebut dan meletak jawatan semasa siasatan dijalankan. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment