Pages

Thursday, December 15, 2011

Mayat wanita ditemui di kediaman lelaki amuk

LIEGE (Belgium): Polis Belgium semalam menemui mayat seorang wanita di kediaman seorang lelaki bersenjata yang menembak ke arah orang ramai yang membeli-belah untuk Hari Krismas sehari sebelum itu.

Siasatan di kediaman Nordine Amrani membawa kepada penemuan mayat wanita berusia 45 tahun itu, yang dipercayai pendakwa raya dibunuh sebelum Amrani melakukan tembakan rambang di bandar yang penuh sesak dengan orang ramai hingga membunuh empat orang, termasuk seorang bayi.


Mayat wanita itu ditemui di dalam stor yang dijadikan tempat menanam ganja oleh Amrani, 33, kata Ketua Pendakwa Raya Liege, Cedric Visart de Bocarme kepada radio RTBF. Amrani mempunyai kira-kira 20 rekod kesalahan. Wanita yang mati itu bekerja sebagai tukang cuci untuk jiran Amrani dan pada pagi itu Amrani meminta wanita itu ke rumahnya kononnya untuk menawarkan pekerjaan sebelum menyerangnya, lapor kumpulan akhbar tempatan, SudPresse.

Walaupun saksi berkata, Amrani menembak diri sendiri di kepalanya ekoran insiden amuk di Dataran Saint Lambert, pendakwa raya berkata, punca sebenar kematiannya masih tidak dipastikan. Pendakwa raya awam Daniele Reynders akan menyoal siasat mengenai nasib pembunuh itu hingga maklumat mengenai kedaan mangsa yang kritikal. Beliau juga akan menyiasat sejauh mana pihak berkuasa negara itu menjejaki Amrani sepanjang setahun dia di bawah kawalan kerajaan. - AFP

myMetro | Mayat wanita ditemui di kediaman lelaki amuk:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment