Pages

Wednesday, December 21, 2011

Mayat Kim Jong-il dipamer


MAYAT Kim Jong-il dipamerkan di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.


SEOUL, Korea Selatan - Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il yang meninggal dunia kerana serangan jantung dipamerkan dalam sebuah keranda berkaca di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.

Stesen televisyen di Korea Utara menunjukkan seorang anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-Uun yang berusia lewat 20-an dan pengganti bapanya di negara komunis itu melihat jenazah tersebut bersama dengan beberapa pegawai tinggi.

Mayat Jong-il memakai pakaian kegemarannya yang berwarna hijau dan dengan sehelai bendera berwarna merah menutup sebahagian pakaian itu.

Dekri berkabung selama 13 hari dikeluarkan di seluruh negara ekoran kematian Jong-il.

Rejim komunis di Korea Utara merahsiakan kematian Jong-il selama dua hari sebelum seorang pembaca berita mengumumkan kematiannya di televisyen pada Isnin lalu.

Menurut media Korea Utara, Jong-il meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana satu serangan jantung yang disebabkan tekanan dan kerja terlalu kuat.

Jong-il berusia 69 tahun semasa dia meninggal dunia.

Majlis pengebumian akan diadakan pada 28 Disember di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang.

Jong-il berkuasa selama 17 tahun selepas kematian bapanya, Kim ll-sung.

Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikalnya masih berperang sejak peperangan tiga tahun di antara kedua-dua buah negara berakhir menerusi gencatan senjata pada 1953.

Amerika Syarikat menempatkan 28,500 askar di selatan Korea Selatan dan 50,000 anggota tentera di Jepun.

Korea Utara dipercayai mempunyai simpanan plutonium dalam jumlah yang besar mencukupi untuk menghasilkan lapan senjata nuklear. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment