Pages

Wednesday, December 7, 2011

Majalah bogel Veena dijual di India

Kosmo! Online - Dunia:



SEORANG lelaki membawa majalah FHM yang menyiarkan gambar bogel Veena Malik di sebuah kedai buku di Mumbai kelmarin.


NEW DElHI, India - Sejumlah majalah FHM edisi Disember yang menyiarkan gambar bogel aktres Pakistan, Veena Malik mula dijual di kedai-kedai buku di India kelmarin.

Naskhah- naskhah majalah itu yang menampilkan gambar bogel Veena di kulit depan digantung di kedai-kedai buku termasuk di Mumbai.

Aktres itu mencetuskan kontroversi apabila dia tidak mengaku bergambar bogel untuk majalah lelaki tersebut.

Jurucakap Veena Sohail Rasheed kelmarin menyatakan aktres tersebut berusaha untuk mendapatkan ganti rugi sebanyak 100 juta rupee (RM6.1 juta) daripada majalah FHM.

Veena telah memfailkan satu tuntutan undang-undang ke atas majalah berkenaan dan meminta ganti rugi tersebut atas dakwaan gambar berkenaan dipalsukan dengan terdapat singkatan huruf merujuk kepada agensi perisikan Pakistan di lengannya.

Namun, editor FHM India, Kabeer Sharma memberitahu agensi berita AFP, bahawa pihaknya tidak membuat pengubahsuaian imej atau memalsukan kulit depan majalah berkenaan.

Menurutnya, aktres itu mempunyai tubuh badan yang mengagumkan.

Sementara itu, beberapa laporan semalam menyatakan pihak pengurusan stesen televisyen tempatanImagine TV mengumumkan program realiti Swayamvar Musim 4 akan menampilkan Veena mencari teman hidup di India.

Swayamvar merupakan antara program televisyen paling diminati di saluran Imagine TV.

Program yang mendapat sambutan hangat penonton itu mula ditayang pada 2009.

Semasa menghadiri majlis beramah mesra bersama pihak media di sini, Veena memberitahu, dia teruja untuk menyertai program realiti itu dan berharap hasratnya untuk mencari teman hidup dalam program tersebut tercapai. - Agensi

No comments:

Post a Comment