Pages

Monday, December 5, 2011

Lelaki tua tawar periksa payu dara dipenjara

FLORIDA: Seorang lelaki berusia 81 tahun yang menyamar sebagai doktor dan menawarkan pemeriksaan payu dara percuma dari rumah ke rumah, semalam dihukum penjara atas kesalahan serangan seksual.

Hakim sebuah mahkamah di Florida menjatuhkan hukuman itu ke atas Phillip Winikoff yang dikatakan mengunjungi apartmen untuk menawarkan khidmat memeriksa payu dara.

Dua wanita dilapor terpedaya dengan tawarannya.

Winikoff dipenjara 13 bulan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 15 tahun.


Menurut akhbar South Florida Sun Sentinel, Winikoff ditahan pada 2006 selepas meraba payu dara dua wanita dan serta bahagian lain mangsa.


Kedua-dua wanita itu membuat laporan polis.

Selain tuduhan serangan seksual, lelaki tua itu juga didapati bersalah mengamalkan perubatan tanpa lesen. - Agensi

myMetro | Lelaki tua tawar periksa payu dara dipenjara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment