Pages

Wednesday, December 21, 2011

Lagi serangan ke atas masjid


Lagi serangan ke atas masjid

BANDAR GAZA - Kumpulan pelampau Yahudi telah membuat onar dan bertindak biadab dengan menye­rang sebuah lagi masjid di kampung Sahaba di Tebing Barat, kelmarin dan turut menconteng grafiti memaparkan sentimen anti-Arab yang kononnya diperjuangkan oleh mereka.

Datuk Bandar Bani Naim, Radwan Manasra berkata, kedudukan masjid itu yang terletak berhadapan dengan kawasan penempatan haram Yahudi di Pnei Haver mungkin menyebabkan ia menjadi objek vandalisme kumpulan pelampau tersebut.

“Ia adalah insiden serangan ketiga dilancarkan oleh pelampau Yahudi yang mahu menentang rancangan kerajaan untuk merobohkan penempatan haram dan dengan sengaja mereka merosakkan harta benda milik penduduk Palestin,” menurutnya.

Dalam satu kejadian berasingan, penyerang tidak dikenali turut bertindak di luar kawalan dengan memba­kar lima buah kereta di kampung Beitin, utara Ramallah.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, pihak berkuasa kini sedang memburu dalang (pelampau Yahudi) di sebalik beberapa siri serangan dan perbuatan vandalisme yang semakin berleluasa. Lagi serangan ke atas masjid - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment