Pages

Wednesday, December 21, 2011

Korea Utara siar upacara penghormatan akhir



Mayat Kim Jong-il diletakkan di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang dalam gambar yang dipetik dari video stesen KRT, semalam. - REUTERS


SEOUL 20 Dis. - Televisyen Korea Utara hari ini menayangkan upacara penghormatan terakhir Presiden Kim Jong-Il oleh anak lelaki yang juga bakal penggantinya serta pegawai-pegawai atasan lain.

Kim Jong-Un dan mereka yang hadir kelihatan sugul, sesetengahnya berpakaian uniform tentera, mengelilingi mayat yang diletakkan dalam keranda kaca.

Presiden yang meninggal dunia pada usia 69 tahun itu dipakaikan suit identitinya berwarna khaki, dengan hampir sebahagian badan ditutup dengan kain merah di Istana Kenangan Kumsusan.

Mayat bapa Jong-Il, Presiden Kim Il-Sung, juga dipamerkan di bahagian lain dalam istana itu.

Media tempatan melaporkan senario tidak menentu di negara tersebut sejak kematian Jong-Il yang diumumkan semalam. Mendiang meninggal dunia dua hari lalu akibat serangan jantung ketika menaiki kereta api dalam rangka tugasnya.

Korea Utara menetapkan upacara pengkebumian pada 28 Disember ini dan memanggil seluruh rakyat berhimpun bagi memberi sokongan kepada anak lelakinya yang dianggap sebagai “pewaris terbaik”. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment