Pages

Tuesday, December 20, 2011

Jepun pilih F-35 tingkat pertahanan udara

TOKYO: Jepun hari ini memilih F-35 buatan Amerika Syarikat sebagai barisan pesawat pejuang generasi akan datang ketika keadaan di Korea Utara memberi peringatan betapa rantau itu boleh terjerumus ke kancah peperangan.

Dalam urus niaga yang dianggar bernilai lebih AS$4 bilion, Jepun memilih pesawat stealth itu untuk menggantikan barisan pesawat lama F-4.
“Kerajaan akan mendapatkan 42 unit F-35A selepas kewangan 2012 bagi menambah dan memantapkan barisan jet pejuang yang dimiliki Air Self-Defense Force,” menurut satu kenyataan Kabinet.
Pesawat buatan Lockheed Martin itu mengenepikan saingan dua saingan lain iaitu F/A-18 Super Hornet buatan Boeing dan Eurofighter Typhoon.
Berita Harian Online | Jepun pilih F-35 tingkat pertahanan udara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment