Pages

Tuesday, December 13, 2011

Iran tiru, bina pesawat kawalan jauh Amerika

  PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui di Iran berlatar belakang mesej ‘Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.’
PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui di Iran berlatar belakang mesej ‘Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.’
Tehran yakin miliki senjata baru canggih tak lama lagi

TEHRAN: Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau ‘drone’ yang dimilikinya dan kini dalam ‘peringkat akhir’ mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Iran di Parlimen, Parviz Sorouri, memberitahu semalam: “Tindakan kami berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu,” kata Parviz yang dilaporkan laman web televisyen tempatan Iran.
“Pada masa akan datang, kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran. Jurutera Iran tidak lama lagi akan membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika,” katanya lagi.
Iran berkata, ia memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.

Iran menyatakan, sebuah unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat pengintip itu.

Pihak berkuasa Amerika yang dilaporkan berkata pesawat hendap itu melakukan misi CIA di atas ruang udara Iran, tetap tidak percaya bahawa Iran memiliki teknologi untuk membangunkannya.

Mereka berkata, kemungkinan pesawat itu mengalami kegagalan teknikal. Mereka juga menyatakan keraguan berhubung keupayaan Iran meniru pesawat terbabit, sekurang-kurangnya tanpa bantuan Russia atau China.
Namun, Sorouri bertegas dengan menekankan: “Kami berada dalam peringkat akhir memecahkan kod pesawat intip terbabit.”

Beliau juga meramalkan, ‘Iran akan memperoleh perisikan berharga menerusi usaha mentafsir maklumat perisikan dan pengintipan sulit sebaik saja kod rahsianya dipecahkan’.

Sorouri juga berkata: “Kami tidak memerlukan kerjasama Russia atau China untuk meniru pesawat itu. Mereka sudah pasti tidak akan terbabit.

“Keupayaan pertahanan hebat dengan memiliki pesawat seperti itu adalah untuk kegunaan kami saja dan kami tidak bersedia berkongsi dengan pihak lain.

“Kami akan menggunakan keupayaan ini sebagai satu pencegahan (terhadap serangan musuh). Saya ragu-ragu kerajaan Iran akan berkongsi teknologi dengan negara lain.” – AFP
Berita Harian Online | Iran tiru, bina pesawat kawalan jauh Amerika:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment