Pages

Saturday, December 10, 2011

Iran dakwa tembak jatuh pesawat drone Amerika

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Gambar merakamkan seorang anggota Pengawal Revolusi Iran menunjuk ke arah pesawat drone RQ-170 milik AS ketika bercakap dengan Komander Pengawal Revolusi Iran, Amirali Hajizadeh (kanan) di lokasi yang tidak dikenal pasti di Iran. - REUTERS


TEHERAN 9 Dis. - Televisyen milik kerajaan Iran semalam menyiarkan video yang mereka dakwa sebagai pesawat drone (tanpa juruterbang) milik Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh awal minggu ini.

Rakaman video lebih dua minit itu menunjukkan pegawai tentera Iran memeriksa pesawat yang dikenal pasti sebagai drone RQ-170 Sentinel milik AS.

Pesawat berwarna krim tersebut kelihatan berada alam keadaan baik dan tidak rosak.

Ketua Jabatan Aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Ami Ali Hajizadeh berkata, tentera Iran menembak jatuh pesawat itu menggunakan serangan hendap elektronik yang mengakibatkan kerosakan minimum.

"Ia ditembak jatuh ketika misi bersama antara Pengawal Revolusi Iran dan pasukan tentera biasa Iran," katanya kepada televisyen itu.

Stesen radio Iran, sebelum ini melaporkan, pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara bandar Kashmar, kira-kira 225 kilometer dari sempadan Afghanistan.

Teheran menggunakan rakaman itu sebagai bahan propaganda dengan banner yang kelihatan dalam rakaman video tertulis 'AS tidak boleh melakukan sesuatu yang buruk kepada Iran', kenyataan yang dipetik daripada bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Rouhollah Khomeini.

Beberapa pakar barat mempersoalkan rakaman video itu. - AP

No comments:

Post a Comment