Pages

Wednesday, December 28, 2011

Gadis hilang 2 hari selepas STPM





KUALA LUMPUR 27 Dis. - Seorang ibu meminta bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya, Toh Poh Kiew (gambar), 19, yang keluar rumah sejak 17 Disember lalu iaitu dua hari setelah selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Lee Eng Leng, 44, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu tidak pernah bertindak sedemikian.

"Poh Kiew hanya meninggalkan sekeping nota kecil yang memberitahu dia keluar untuk mencari pekerjaan dan tidak mahu lagi membebankan keluarga," katanya pada sidang media di Pejabat MCA Wangsa Maju, di sini.

Orang ramai yang melihat Poh Kiew diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pejabat MCA Wangsa Maju di talian 03-4143 1280.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment