Pages

Thursday, December 1, 2011

Dua juta sertai mogok sehari di Britain



Sebahagian penunjuk perasaan mengadakan piket membantah pemotongan pencen di depan Parlimen di London, semalam. - REUTERS


LONDON 30 Nov. - Dua juta pekerja termasuk guru, kakitangan hospital dan pengawal sempadan mengadakan mogok sehari terbesar dalam tempoh 30 tahun di Britain hari ini, meningkatkan tekanan ke atas kerajaan yang sedia berdepan kemelesetan ekonomi.

Kakitangan kerajaan membantah pakej pembaharuan yang dianggap kesatuan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lebih panjang sebelum bersara dan membayar lebih untuk pencen yang tidak bernilai.

Kemarahan pekerja disemarakkan lagi dengan kawalan baru gaji mereka dan pengurangan lebih banyak pekerjaan semalam, apabila kerajaan campuran diketuai Parti Konservatif menurunkan unjuran perkembangan ekonomi serta menyatakan program jimat-cermat mungkin diteruskan sehingga 2017.

Menteri Kewangan George Osborne mengutuk mogok tersebut yang menyebabkan kebanyakan sekolah ditutup di England dan Wales, pembedahan ditangguh di hospital dan mungkin juga boleh menyebabkan penerbangan serta pelayaran kapal tertunda.

"Mogok ini tidak mencapai apa-apa. Ia tidak mengupah apa-apa. Ia hanya akan melemahkan lagi ekonomi negara dan mengakibatkan kesulitan kepada kerja," katanya kepada BBC TV.

Kerajaan berkata, pembaharuan ekonomi perlu dilakukan kerana jangka hayat penduduk yang lebih lama dan bayaran khidmat pencen yang terlalu tinggi.

Mogok itu mencerminkan bantahan di negara-negara kuasa Eropah di mana kerajaan sedang berusaha menghadapi defisit bajet serta keperluan untuk mengimbanginya dengan masyarakat yang hidup lebih lama. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment