Pages

Friday, December 16, 2011

AS akhiri misi di Iraq

PANGLIMA pasukan tentera Amerika di Iraq, Leftenen Jeneral Lyod Austin melipat bendera pasukan itu pada upacara menandakan berakhirnya misi tentera Amerika di Pangkalan Udara Sather, semalam. - Foto Reuters
PANGLIMA pasukan tentera Amerika di Iraq, Leftenen Jeneral Lyod Austin melipat bendera pasukan itu pada upacara menandakan berakhirnya misi tentera Amerika di Pangkalan Udara Sather, semalam. - Foto Reuters
BAGHDAD: Selepas hampir sembilan tahun, sekurang-kurangnya 4,500 rakyat Amerika Syarikat maut, 32,000 cedera dan lebih AS$800 bilion dibelanjakan, kata pihak berkuasa negara itu yang secara rasmi bersiap sedia untuk menamatkan misinya di Iraq.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta tiba di negara itu semalam bagi menyertai satu majlis simbolik di mana bendera tentera Amerika Syarikat-Iraq secara rasmi diturunkan, mengikut tradisi tentera.
Ketika singgah di Afghanistan minggu ini, Panetta berkata bahawa Amerika Syarikat boleh berbangga dengan misi mereka yang tamat di Iraq sambil menyifatkan kos bagi membiayai perang terbabit memang berbaloi.
“Kita menumpahkan banyak darah di sana. Ia bertujuan mencapai satu misi menjadikan negara berdaulat dan bebas dan mampu untuk memerintah dan mengawal keselamatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata ia adalah satu sumbangan kepada semua pihak yang berjuang dalam perang demi mencapai misi yang diinginkan.

Panetta mengulangi janji Presiden Barack Obama bahawa Amerika merancang untuk meneruskan kehadiran diplomatik di Iraq, memupuk hubungan yang mendalam dan berkekalan. – AP
Berita Harian Online | AS akhiri misi di Iraq:

No comments:

Post a Comment