Pages

Thursday, December 29, 2011

Angkara masalah keluarga

TIDAK TERKECUALI...Ali  (tengah) turut mejadi mangsa tembakan bapanya.
TIDAK TERKECUALI...Ali (tengah) turut mejadi mangsa tembakan bapanya.

GRAPEVINE (Texas): Polis mendedahkan penyerang yang menembak mati enam saudaranya sebelum membunuh diri pada pagi Krismas lalu sebagai Aziz Yazdanpanah, semalam.

Muncul di muka pintu dengan pakaian Santa Claus, Aziz dipercayai menembak mati isteri dan keluarga kakak iparnya ketika mereka membuka hadiah.


Polis berkata, Aziz, 58, berpisah dengan isteri dan dua anak remajanya selepas berpindah dari rumah mereka di kawasan mewah berhampiran Colleyville awal tahun ini.

  • Foto

    AZIZ...dianggap bapa penyayang.

  • Foto

    NONA...antara mangsa ditembak.

Isteri Aziz, Fatemah Rahmati, 56, adalah pekerja salun terlatih turut maut bersama dua anak perempuannya, Nona Yazdanpanah, 19, dan Ali Yazdanpanah, 14.


Turut menjadi mangsa bunuh, keluarga kakak Fatemah yang kebetulan melawatnya di apartmen itu.


Mereka ialah Zohreh Rahmaty, 58, Hossein Zarei, 59, dan Sahra Zarei, 22.

Pegawai polis Grapevine, Todd Dearing, berkata setakat ini mereka yakin Aziz yang berpakaian Santa Claus dan melepaskan tembakan di rumah berkenaan.


“Ia adalah insiden membabitkan masalah keluarga,” katanya.

Bukti diperoleh polis semalam menunjukkan, kejadian itu berlaku di antara jam 11.16 pagi apabila seorang daripada mangsa menghantar mesej teks biasa melalui telefon bimbitnya dan 11.34 pagi - ketika panggilan kecemasan dibuat kepada talian 911.


Kata Dearing, antara kandungan mesej teks itu menyebut: “Saya di sini, Aziz juga di sini dengan pakaian Santa dan cuba menjadi bapa terbaik.” Setakat ini tidak diketahui siapa menghantar atau menerima mesej berkenaan.


Kata Dearing, polis belum mengetahui sama ada Aziz tiba di apartmen itu dengan niat mahu membunuh isteri dan keluarga iparnya.


“Kami juga tidak tahu sama ada dia memang dijemput atau sebaliknya,” katanya.


Aziz dan keluarganya datang dari Iran dan menetap di Fort Worth beberapa dekad lalu dan pernah diisytihar muflis, manakala kediaman dibinanya pada 1990 dirampas.


Jiran berkata, walaupun hartanya dirampas dan muflis, Aziz serta keluarganya terus menetap di rumah berkenaan.


Mereka berkata, Aziz seorang yang mesra dan menyayangi anak-anaknya. - Reuters

myMetro | Angkara masalah keluarga:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment