SANAA - Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, kelmarin, me-ngumumkan beliau akan bercuti selama beberapa hari di Amerika Syarikat (AS) dan memberi laluan kepada pemimpin baru yang dipilih sebagai penggantinya.
“Saya akan ke AS kerana saya ingin lari daripada semua perhatian yang diberikan media dan juga supaya kerajaan baru Yaman boleh bersiap sedia untuk pilihan raya pada Februari depan.
“Saya akan berada di AS selama beberapa hari, tetapi saya tetap akan kembali ke Yaman kerana saya tidak akan meninggalkan rakyat dan tentera yang berjuang selama 11 bulan,” menurut pemimpin yang terselamat daripada cubaan bunuh, Jun lalu.
Namun Ali, yang juga sekutu AS, tidak memaklumkan bila beliau akan berlepas ke AS dan berikrar akan terus memainkan peranan dalam politik negaranya dengan menjadi pembangkang kepada kerajaan baru yang dikehendaki rakyat Yaman.
Pengumuman mengenai rancangan percutiannya di AS dibuat beberapa jam selepas tentera Yaman membunuh sembilan penunjuk perasaan yang menuntut Ali dibicarakan atas dakwaan membunuh penunjuk perasaan sepanjang protes tahun ini.
Ali bersetuju berundur, bulan lalu, melalui rundingan dilakukan bagi pihaknya oleh negara Arab lain yang bimbang perang saudara di Yaman akan menjejaskan negara jiran.
Rundingan itu membolehkan Ali mendapat kekebalan daripada dibicara atas sebarang dakwaan jenayah, sesuatu yang ditentang hebat rakyat Yaman.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment