Pages

Monday, November 28, 2011

Teheran sasar serangan ke sistem pertahanan Barat di Turki

TEHERAN: Iran akan mensasarkan penangkis peluru berpandu Nato di Turki jika negara itu diancam tindakan ketenteraan.

Komander bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran, Amir Ali Hajizadeh, berkata negara itu bersedia menyerang sistem pertahanan peluru berpandu Nato.


“Selepas itu, kami akan beralih ke sasaran selanjutnya,” katanya dipetik agensi berita Mehr, semalam.

Berucap di depan pasukan militia Basij di Khorramabad, Amir Ali berkata, pendirian Iran kini ialah berdepan dengan pengancam keselamatannya.


Katanya, pendirian itu juga selaras dengan pendirian pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei.


Walaupun Iran berkali-kali mendakwa akan menggunakan peluru berpandu ke atas Israel jika diserang, kenyataan Amir Ali semalam adalah yang pertama membabitkan Turki. - AFP

myMetro | Teheran sasar serangan ke sistem pertahanan Barat di Turki:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment