Pages

Friday, November 4, 2011

Surabaya mahu nama tempatan



JAKARTA 3 Nov. - Seorang Anggota Dewan Perwakilan Daerah Surabaya mencadangkan satu undang-undang kecil diperkenalkan bagi mengawal selia nama anak baru dilahirkan agar ibu bapa memberikan nama yang mempunyai ciri-ciri tempatan kepada bayi mereka.
Dalam cadangannya, Ketua Suruhanjaya dewan itu yang bertanggungjawab mengenai kebajikan rakyat, Baktiono berkata, undang-undang kecil itu akan menyediakan senarai nama yang diizinkan pihak pemerintah.
Antara nama yang dicadangkan anggota dewan itu ialah Sawunggaling, tokoh antipenjajah; legenda Joko Jumput serta Rondo Praban, seorang tokoh masyarakat tempatan dalam perusahaan jamu tradisional.
Senarai itu akan menjadi garis panduan kepada rakyat daerah itu supaya tidak melupakan identiti sebagai penduduk kota Surabaya namun ibu bapa tidak dipaksa menggunakan nama daripada senarai berkenaan, lapor The Jakarta Post hari ini.
"Nama itu juga tidak mewakili mana-mana suku kaum atau kelas sosial.
''Kami bimbang ramai ibu bapa di Surabaya berasa begitu gembira memberikan nama asing kepada sama ada dari Eropah, Jepun atau negara-negara Asia Barat. Lihat sahaja nama seperti Roberto, Michael, Abu dan banyak yang lain," katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment