Pages

Monday, November 14, 2011

Romney janji sekat Teheran

SPARTANBURG (Carolina Selatan): Calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan memberi jaminan akan menghalang Iran memiliki senjata nuklear - langkah yang gagal dilakukan Barack Obama - jika dia terpilih nanti.

Menurut Mitt Romney, jika warga AS memilih Obama sekali lagi, Iran akan menguasai senjata berbahaya itu.


“Jika kita memilih Mitt Romney, jika anda memilih saya sebagai presiden akan datang, Iran tidak akan memiliki senjata nuklear,” katanya di majlis debat mengenai dasar luar bersama pencabarnya, semalam. Untuk mewakili Republikan, Romney kini bersaing dengan bekas eksekutif syarikat rangkaian pizza, Herman Cain.

Kata Romney, tiada langkah lain dapat diambil bagi menghalang Iran memiliki senjata nuklear kecuali melalui ketenteraan.


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAE) menyatakan Selasa lalu, ada kebimbangan serius terhadap program nuklear Iran walaupun Teheran selama ini mendakwa ia dijalankan untuk tujuan keamanan. Kenyataan IAEA dibuat berdasarkan maklumat “boleh dipercayai” diperoleh agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.


Sebelum ini, bekas Speaker AS, Newt Gingrich, menyeru Washington menjalankan operasi “rahsia maksimum” ke atas Iran, termasuk membunuh saintis negara itu, selain mengganggu program berkenaan.

Sementara itu, Cain berkata, dia akan menyediakan bantuan kepada musuh domestik Iran supaya AS boleh bekerjasama dengan “sekutu dan musuh” bagi meningkatkan sekatan ekonomi ke atas negara itu.


“Satu-satunya cara untuk menghentikan mereka hanyalah melalui bidang ekonomi,” katanya. Bekas senator Republikan, Rick Santorum, pula mencadangkan AS berpakat dengan Israel bagi membolehkan tindakan diambil seperti pernah dilakukan di Syria dan Iraq.

“Langkah itu ialah melumpuhkan keupayaan nuklear mereka sebelum terlambat,” katanya. - AFPmyMetro | Romney janji sekat Teheran:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment