Pages

Thursday, November 3, 2011

Rayuan Assange halang ekstradisi ditolak

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (gambar) semalam kalah dalam rayuannya untuk menghalang pengekstradisiannya ke Sweden bagi menghadapi tuduhan rogol dan serangan seks.
Warga Australia berusia 40 tahun itu ditangkap di Britain Disember lalu dan merayu di Mahkamah Tinggi di London terhadap keputusan sebuah mahkamah lebih rendah Februari lalu yang memutuskan dia boleh diekstradisi ke Sweden.

“Mahkamah menolak rayuan itu,” menurut keputusan hakim.

Assange mendakwa, kerana Waran Tangkap Eropah terhadapnya dikeluarkan oleh seorang pendakwa raya, bukan mahkamah, ia tidak sah.

Tetapi hakim memutuskan, perkara itu kini di bawah penelitian kehakiman bebas di Sweden.

Mereka juga menolak kenyataannya bawa tuduhan dua wanita yang menuduhnya melakukan pencabulan seksual dan merogol tidak akan ditafsirkan sebagai kesalahan menurut undang-undang Britain.


Seorang wanita berkenaan mendakwa Assange mengadakan seks tanpa perlindungan dengannya ketika dia tidur dan hakim menolak hujah peguam pengasas WikiLeaks itu bahawa kerelaan mengadakan seks dengan syarat kondom digunakan kekal sebagai kerelaan walaupun kondom tidak digunakan. - AP

No comments:

Post a Comment